Rabu, 23 November 2022 | 1:05pm
Foto hiasan.
Foto hiasan.

Naratif 'kaum dan agama' mampu gugat agenda perpaduan nasional

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) antara mengalami kemerosotan kerusi berbanding PRU14.

BN menghadapi laluan sukar akibat pelbagai masalah dalaman, terutama UMNO dengan isu terkait kepemimpinan lemah, integriti dan rasuah. Daripada 79 kerusi dimenangi pada PRU14, ia berkurang sebanyak 49 kerusi pada PRU15, iaitu lebih 50 peratus kerusi.

Nama besar seperti Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah kalah, manakala banyak kerusi dirampas Perikatan Nasional (PN) khususnya, malah BN tidak memenangi sebarang kerusi di Melaka.

Pada masa sama, ramalan ramai penganalisis bahawa PH antara akan menguasai PRU15 pula meleset. Walaupun mendahului berbanding blok lain, gabungan itu hanya mampu memperoleh 82 berbanding 113 kerusi pada PRU14.

Keyakinan tinggi ditunjukkan PH dalam perang psikologi menerusi kempen rapat umum dan media sosial tidak berhasil. Kekuatan data sains dimiliki PH, tidak membantunya memenangi hati pengundi, sebaliknya hanya tertumpu di bandar dan berpendidikan.

Beberapa isu rasuah didedahkan pada saat-saat akhir kempen tidak mampu meraih sokongan pengundi, terutama pengundi muda di kawasan pengundi Melayu, malah tokoh utamanya gagal mempertahankan kerusi seperti Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Maszlee Malik.

PH benar-benar terpukul hingga terpaksa bertungkus-lumus mencari jalan untuk menubuhkan kerajaan campuran. Dalam kempennya, PH membawakan naratif keadilan, kesejahteraan ekonomi dan reformasi institusi. Kajian PH menerusi Invoke menunjukkan semua isu diketengahkan dapat memenangi hati pengundi.

Bagaimanapun, pengalaman, kekuatan dan aura Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan keputusan diperoleh PH tidak memberi kesan mendalam kepada pengundi baharu dan Undi18.

Secara keseluruhannya, PRU15 menunjukkan sikap pengundi berbeza mengikut kawasan. Pengundi bandar konsisten menyokong PH membawa agenda reformasi institusi, tetapi berbeza dengan pengundi luar bandar. Namun, PH mendapat keputusan memberangsangkan di Johor kerana mendapat 14 kerusi.

Kekuatan sebenar PN pada PAS

Senario berbeza diraih Perikatan Nasional (PN). Sebelum PRU15, ramai penganalisis tidak memberikan harapan besar untuk memenangi banyak kerusi, sebaliknya diramalkan hanya memperoleh undi protes dan simpati daripada kelemahan BN.

Bagaimanapun, kekuatan sebenar PN terletak pada PAS dengan ahli berdisiplin dan komited dengan perjuangan. Kekuatan naratif digunakan dan hujah balas penyokong berkaitan 'Bersih dan Stabil' di rapat umum dan media sosial antara faktor kemenangan PAS, termasuk aura 'Abah' dan 'Tok Guru.'

Tidak hairanlah PN menyapu bersih di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, manakala hampir tidak memberi peluang kepada gabungan lain meninggalkan tanda di kawasan Parlimen di Perlis serta Kedah.

PN menguasai negeri pengundi Melayu dengan bergaya, tidak pernah diimpikan sebelum ini. Walaupun tidak mampu membentuk kerajaan, dalam usia muda serta kesungguhan perjuangan memberi dinamika baharu kepada PN dalam PRU.

Dalam konteks strategi kempen dan populariti semasa di media sosial pula, BN jelas agak ketinggalan berbanding PH dan PN. Penganalisis menyebut jentera dan logisitik BN kali ini tidak agresif berbanding sebelumnya berkemungkinan perpecahan dalaman dan pemimpin utama bermasalah kerana ramai calon 'boleh menang' diketepikan seperti di Arau dan Tanjung Karang.

Pemilihan calon tidak direstui menyebabkan motivasi berkempen merudum, sedangkan naratif dibawa, iaitu 'kestabilan dan kemakmuran' tidak diterjemahkan dengan baik. Di sesetengah kawasan, BN lebih banyak mengibarkan bendera dan poster berbanding menjelaskannya kepada rakyat mengenai manifesto mereka.

PH dan PN pula bijak menggunakan ruang awam, terutama media sosial dalam mempromosi dan menonjolkan manifesto kepada pengundi. Kedua-dua blok ini saling berhujah menerusi media sosial untuk meraih simpati dan undi hingga ke saat terakhir, strategi kempen berubah lebih keras dan sensitif.

Sementara itu, Gerakan Tanah Air (GTA) diterajui Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) jauh ketinggalan dan amat mengharapkan figura utamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi nilai tambah kepada blok parti setahun jagung ini.

Dr Mahathir tidak lagi seperti zaman mudanya tangkas, kritis dan cekap berhujah. Malah ketika berkempen di Sabah, beliau jatuh pengsan. Kudrat semakin lemah mengekang pergerakan dan kelancaran kempen GTA hingga beliau sebagai calon utama bukan sahaja kalah di Langkawi, bahkan hilang wang deposit. Nasib sama turut dialami calon GTA lain dengan kebanyakannya hilang deposit.

Kekalahan total itu menunjukkan GTA perlu membuat keputusan bijak sekiranya mahu memberi saingan dalam PRU16. GTA perlu belajar daripada sejarah Semangat 46 dan langkah terbaik adalah dengan menyerap dalam mana-mana gabungan parti sedia ada.

Naratif 'kaum dan agama' senjata utama

Namun, daripada banyak faktor menentukan kemenangan atau kekalahan dalam PRU15, kekuatan naratif dan persepsi digunakan blok parti adalah paling penting kerana ia membangkitkan semangat pengundi.

Berdasarkan pengamatan di lapangan dan media sosial, naratif 'kaum dan agama' masih relevan serta menjadi senjata utama untuk meraih sokongan khususnya dalam kalangan pengundi atas pagar dan pengundi muda.

Dengan pertambahan jumlah undi baharu dan Undi18 hingga hampir 7 juta, naratif itu kerap tersiar di media sosial hingga menjadi alat indoktrinisasi berkesan. Apatah lagi, kebanyakan kajian menunjukkan media sosial menjadi medium utama golongan itu memperoleh sumber maklumat politik.

Apatah lagi, jika sesuatu maklumat dan gambar disiar atau ditonton berulang-ulang kali hingga akhirnya tanpa panduan dan bimbingan betul, golongan itu akan menerima apa saja disuapkan.

Memang pelik naratif 'kaum dan agama' masih menjadi modal dan senjata pada era teknologi digital ini. Isu sensitif inilah antara sebab perubahan 'tsunami sokongan' pengundi.

Sehari dua sebelum hari pengundian Sabtu lalu, naratif itu semakin keras dan bertubi-tubi menerjah pelbagai saluran media sosial. Sebenarnya, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menyebut mana-mana individu, parti atau blok politik tidak dibenarkan menggunakan isu sensitif secara terbuka yang boleh menjejaskan ketidaktenteraman awam.

Situasi ini amat aktif di media sosial sepanjang dua minggu tempoh berkempen, malah berterusan hingga kini. Pemimpin politik dan pencipta kandungan dengan berani mengangkat naratif agama dan kaum serta menyebarluaskannya di media sosial.

Mereka memainkan isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kristianisasi dan hak istimewa orang Melayu sebagai bahan kempen menarik pengundi, sedangkan semua isu utama kenegaraan tidak boleh diubah tanpa persetujuan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja (MRR).

Justeru, pihak bertanggungjawab seperti SPR dan pihak berkaitan perlu sensitif dengan apa berlaku. Mereka perlu responsif dan bertindak kepada semua pihak sengaja menimbulkan isu sensitif berbaur agama dan kaum.

Jika tidak dicegah dan dibiarkan berlarutan, defisit sosial antara kaum akan terus melebar. Malah setiap kali menjelang PRU, isu dan sentimen sama diyakini akan terus diulang sebagai indoktrinasi.

Malaysia sudah merdeka selama 65 tahun, malah Ogos lalu, kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama.' Meskipun berbeza ideologi dan parti politik, kita perlu memartabatkan agenda perpaduan nasional serta berpolitik secara sihat dan profesional.

Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan & Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Berita Harian X