Sejak kebelakangan ini, Malaysia digegarkan dengan krisis kenaikan harga barang mendadak, kemerosotan nilai ringgit dan terkini kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran. Krisis berlaku ini menjadikan kehidupan masyarakat semakin tertekan kerana ketidakcukupan sumber kewangan dalam perbelanjaan harian, terutama kos untuk membeli barang makanan dilihat meningkat secara mendadak.