Isnin, 17 April 2023 | 12:11pm
Aplikasi waktu solat Malaysia memudahkan umat Islam untuk mengetahui waktu solat
Aplikasi waktu solat Malaysia memudahkan umat Islam untuk mengetahui waktu solat

Aplikasi Waktu Solat Malaysia mudahkan perayaan

MENJELANG musim perayaan yang bakal tiba, adalah menjadi kebimbangan bagi umat Islam yang bermusafir. 

Hal ini kerana, mereka berkemungkinan tidak mengetahui tentang waktu solat dan sukar untuk menentukan tiba waktu solat di negeri-negeri tertentu. 

Dengan adanya aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mudah untuk digunakan ini, umat Islam tidak perlu ragu dan bimbang mengenai jadual waktu solat.

Bukan sahaja dilengkapi dengan Al-Quran digital, aplikasi elegan ini juga antara aplikasi yang memudahkan umat Islam untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat dan cara-cara solat jamak setiap kali mereka bermusafir. 

Kepada pengguna yang lebih gemar untuk  mendapatkan ilmu agama dengan mudah, aplikasi ini adalah pilihan terbaik untuk mengetahui jadual waktu solat yang tepat dan boleh menjadi panduan untuk solat jamak ketika bermusafir. 

Sepanjang menyambut Aidilfitri, anda boleh menggunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan untuk mengerjakan ibadah di mana sahaja anda berada.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini secara percuma. 

Berita Harian X