Jumaat, 24 March 2023 | 2:23pm
Muat turun Waktu Solat Malaysia secara percuma hari ini di Apps Store dan Play Store. - FOTO Waktu Solat Malaysia
Muat turun Waktu Solat Malaysia secara percuma hari ini di Apps Store dan Play Store. - FOTO Waktu Solat Malaysia

Perbaiki bacaan Al-Quran dengan Waktu Solat Malaysia

BULAN Ramadan saban tahun dinanti dengan penuh kegembiraan dan pengharapan.

Antara doa yang tidak lekang di bibir Nabi SAW dan diajarkan kepada kita ialah
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah (berkatilah) kami
pada bulan Ramadan."

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Musnad Imam Ahmad ini, dapat difahami bahawa
'persediaan' sebelum tibanya bulan Ramadan adalah lebih penting berbanding 'menyambut'
kedatangan bulan itu sendiri, sehingga Baginda SAW menuntut kepada kita supaya mengamalkan doa terbabit bermula daripada bulan Rejab dan meneruskannya sehingga Ramadan tiba.

Nabi SAW berkata: "Manusia sering lalai akan bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan yang mana diangkat amalan-amalan kepada Allah SWT, maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."

Dalam meniti bulan Ramadan, ada beberapa perkara yang boleh diamalkan antaranya ialah menjaga kesihatan sebaik mungkin supaya kita tidak terlepas peluang untuk beribadah.

Selain itu, kita juga boleh menyemak semula hukum-hukum dan amalan-amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa seperti membaca Al-Quran dan bersedekah.

Disamping itu, kita juga boleh memperbanyakkan doa sebagai persediaan membersihkan hati dan jiwa.

Mujahadah untuk bangun malam juga baik untuk diamalkan supaya fizikal dan mental kita tersedia dengan sangat baik.

Menempuh bulan Ramadan lebih mudah dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dilengkapi ciri bermanfaat.

Antaranya, ciri untuk belajar membaca Al-Quran supaya mudah untuk seseorang itu memperbaiki bacaan Al-Quran.

Jadikan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk belajar membaca Al-Quran secara berterusan.

Insya-Allah, dengan cara itu kita akan sentiasa memperbaiki cara bacaan.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma hari ini supaya kita dapat membaca Al-Quran dengan lebih mudah.

Berita Harian X