ILMU merupakan perkara yang penting bagi setiap individu terutama untuk umat Islam bagi mencapai kesejahteraan di dunia mahupun akhirat.
Allah SWT mewajibkan seluruh umat Islam untuk belajar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."
Nabi Muhammad SAW menerusi riwayat al-Imam Ibnu Majjah turut bersabda: "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin."
Dalil-dalil ini jelas menuntut umat Islam untuk mencari ilmu tanpa mengira batas usia kerana setiap detik wajar diluangkan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat, sama ada ilmu untuk kebahagian di dunia mahupun kebahagian di akhirat.
Maka tidak hairanlah mengapa individu yang beramal namun tidak mempunyai ilmu diibaratkan seperti pohon yang rimbun tetapi tidak berbuah.
Justeru, penting untuk seseorang berguru dan menuntut ilmu bagi mendapatkan pengetahuan yang betul agar amal kebajikan dapat disempurnakan dengan baik.
Selain itu, Al-Quran turut menjelaskan terdapat perbezaan antara orang yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu.
Perbezaan ini dapat dilihat dari tindak tanduk seseorang dalam kehidupan seharian yang mana sifat orang yang berilmu adalah seperti padi, makin berilmu semakin merunduk.
Firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 63 yang bermaksud, "Hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik."
Dengan perkembangan teknologi, umat Islam kini boleh menambah ilmu dengan mudah. Salah satu aplikasi yang sangat dicadangkan ialah aplikasi Waktu Solat Malaysia.
Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri menarik dan mudah yang boleh dimanfaatkan untuk menuntut ilmu walau di mana mereka berada.
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma sekarang dan jadikan ia sebagai panduan dan semangat untuk individu menuntut ilmu secara berterusan.