X
Jumaat, 21 Julai 2017 | 12:06am
PENGURUS Masjid Al- Husna Bandar Sunway, Mohd Hazizul Mohd Ghouts di Bandar Sunway.- Foto Abdullah Yusof
PENGURUS Masjid Al- Husna Bandar Sunway, Mohd Hazizul Mohd Ghouts di Bandar Sunway.- Foto Abdullah Yusof

Pusat latihan dalam masjid

SHAH ALAM: Pusat latihan lengkap dengan kemudahan asrama yang disediakan oleh Masjid An-Nur Temasya Glenmarie, di sini, menunjukkan peranan besar pengurusan masjid dalam memastikan perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat Muslim.

Mencipta sejarah tersendiri sebagai masjid pertama di Selangor yang mewujudkan pusat latihan, kemudahan itu disasarkan kepada pelajar aliran tahfiz dengan modul disediakan sendiri oleh pihak pengurusan masjid.

Pengurus Masjid An-Nur, Mohd Hazizul Mohammed Ghouth, berkata ketika ini pusat latihan berkenaan belum beroperasi berikutan mereka masih mengumpul dana bagi menyediakan kemudahan bersesuaian.

SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan
SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan

SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan
SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan

Katanya, ia secara tidak langsung memastikan kursus jangka pendek yang dianjurkan pengurusan masjid berjalan dalam suasana lebih sistematik dan tidak mengganggu ruang solat sedia ada.

"Kami jangka pusat latihan lengkap dengan asrama yang boleh dihuni 30 orang peserta pada satu-satu masa ini akan beroperasi beberapa bulan lagi.

"Setakat ini, pihak masjid giat mengumpulkan dana bagi membiayai keperluan menyediakan kemudahan untuk pusat latihan dan sekitar masjid dijangka menelan belanja RM500,000," katanya.

Cabaran kendali masjid baru

Masjid serba putih dengan rekaan seni bina bercirikan Islamik kontemporari ini dibuka kepada umum sejak 23 Mac lalu.

Ahli Lembaga Tadbir, Masjid An-Nur, Datuk Nasri Nasrun, berkata banyak cabaran dihadapi dalam menguruskan masjid baharu, terutama dalam mengkaji keperluan penduduk dan kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan.

SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan
SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan

SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan
SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie. - Foto Osman Adnan

"Kariah di kawasan ini agak pasif dan ia sebenarnya lebih mendapat tumpuan masyarakat yang bekerja di sekitar Glenmarie dan dipenuhi jemaah pada hari Isnin hingga Jumaat.

"Jadi, pihak masjid buat masa ini perlu melakukan eksperimen bagi mengenal pasti program yang bersesuaian dengan ahli kariah sekitar," katanya.

Bahkan, mereka turut berdepan dengan kesukaran menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf yang hampir tiada dalam kawasan kariah masjid.

Masjid komuniti komprehensif

Berhasrat menjadi masjid komuniti yang komprehensif, pembinaannya mempertimbangkan banyak perkara termasuk mengambil iktibar daripada pembinaan rumah ibadat sedia ada.

Umpamanya, ruang solat utama tidak disediakan terlalu besar, supaya tidak nampak kosong atau suram pada waktu solat harian memandangkan kebanjiran jemaah biasanya pada solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri sahaja.

SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie, Shah Alam. - Foto Osman Adnan
SENIBINA Masjid An-Nur, Glenmarie, Shah Alam. - Foto Osman Adnan

Dewan Serba guna di Masjid An-Nur, Glenmarie.
Dewan Serba guna di Masjid An-Nur, Glenmarie.

Bagaimanapun, bagi ruang solat utama, ia masih boleh menampung sehingga 1,000 jemaah dan ruang luar masjid pula boleh dipenuhi sehingga 3,000 orang pada satu-satu masa.

Antara kemudahan pula ialah empat unit kuarters untuk imam dan bilal, pondok wakaf, rumah tamu dan gelanggang badminton.

INFO

  • Dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada 2 Jun 2017
  • Projek pembinaan menelan belanja RM12.3 juta itu siap sepenuhnya pada penghujung Mac 2017
  • Antara kemudahan termasuk kuarters kakitangan, asrama tahfiz , rumah tamu, pondok wakaf dan gelanggang badminton.
  • Sumbangan bagi membantu melengkapkan kemudahan dalam masjid boleh disalurkan kepada akaun Bank Muamalat 12110000654718 atas nama Masjid An-Nur Temasya Glenmarie.

Berita Harian X