Khamis, 25 Ogos 2016 | 12:24am
AHLI keluarga mangsa cuba memberi rawatan kecemasan selepas diselamatkan di Pantai Chenang, Langkawi, petang tadi. Foto ihsan pembaca.
AHLI keluarga mangsa cuba memberi rawatan kecemasan selepas diselamatkan di Pantai Chenang, Langkawi, petang tadi. Foto ihsan pembaca.

Pelajar Bangladesh lemas

LANGKAWI: Seorang pelajar lelaki warga Bangladesh lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Chenang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata mangsa, Mohammad Abdur Rahman Jamal Khan, 20, bersama ahli keluarganya mandi di pantai terbabit pada jam 4 petang.

Katanya, selepas beberapa minit mandi, mangsa bersama dua saudara lelakinya dihanyutkan ombak ke tengah laut, sebelum dua daripada mereka dapat diselamatkan, manakala mangsa hilang.

"Mangsa berjaya ditemui beberapa minit kemudian dalam laut berhampiran lokasi kejadian dan dikejarkan ke Hospital Langkawi (HL) dengan ambulans.

"Bagaimanapun sejurus tiba di lobi kecemasan HL, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 5.30 petang," katanya ketika dihubungi BH, di sini sebentar tadi.

Che Ghazali berkata, mayat mangsa dituntut ahli keluarga selepas bedah siasat dilakukan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Berita Harian X