Rabu, 1 Mei 2024 | 9:12am

Khasiat buah-buahan: Jaga kesihatan, pilih menu berkhasiat

BUAH-BUAHAN sememangnya dikenali dengan kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran.

Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Salad buah-buahan adalah untuk mereka yang mahu mencampur dan memadankan snek sihat serta untuk mereka yang sibuk dan memerlukan khasiat pemakanan segera.

Salad buah-buahan memberi banyak manfaat seperti mengawal berat badan kerana kandungan kalori rendah dan mengenyangkan sesuai menggantikan manisan.

Menambah kuah buah-buahan ke dalam salad bukan saja memuaskan selera tetapi pada masa sama menambah tenaga. Timbangkan tahap toleransi, keadaan kesihatan dan juga keperluan khusus anda.

Pengambilan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin, mineral, serta antioksidan dan air adalah penting untuk menjaga kesihatan.

Salad boleh disediakan dengan cara senang, menyeronokkan dan kreatif untuk menikmati buah-buahan serta sayur-sayuran kerana terdapat banyak pilihan berkhasiat. Cara membuat salad yang baik ialah dengan menambah pelbagai buah-buahan dan sayuran warna-warni untuk membekalkan antioksidan yang berlainan.

Buah-buahan kering, kekacang, herba serta kuah salad menjadikan salad lebih lazat dan berkhasiat menggantikan sajian makanan utama.

Pengambilan sejumlah kecil buah-buahan dan sayuran tidak mendatangkan mudarat. Tetapi berhati-hati apabila mengambil jumlah besar kerana ini boleh menjejaskan keadaan kesihatan tertentu seperti pesakit diabetes sewajarnya mengelakkan pengambilan terlalu banyak tembikai kerana ini boleh melonjakkan paras gula.

Kenali buah-buahan

• Tomato adalah buah, bukan sayur. Ia adalah buah paling popular di dunia.

• Sayuran hijau tua mengandungi lebih banyak Vitamin C daripada sayuran warna hijau muda.

• Kebanyakan protein dan lemak dalam buah naga terdapat dalam bijibiji hitam yang halus.

• Anda boleh masakkan nanas dengan lebih pantas secara terbalikkan buah itu (jambul ke bawah).

• Buah-buahan kering mengandungi lebih kalori daripada buahbuahan segar.

• Anggur meletup apabila anda meletakkannya dalam ketuhar gelombang mikro.

• Epal memberi lebih tenaga daripada kafein.

Berita Harian X