Khamis, 25 April 2024 | 12:47pm
Senaman dan aktiviti fizikal secara berkala dapat membantu memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
Senaman dan aktiviti fizikal secara berkala dapat membantu memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Senaman bantu kurangkan risiko Alzheimer

Alzheimer penyakit yang progresif menyebabkan seseorang itu lupa ingatan dan fungsi mental penting yang lain.

Lazimnya, pesakit Alzheimer akan mengalami sedikit kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

Berdasarkan kajian pakar pada 2020, mendapati melakukan senaman boleh membantu memperlahankan dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit berkenaan.

Senaman aerobik, contohnya dipercayai dapat membantu menggalakkan aliran darah yang sihat ke otak dan mengurangkan

penumpukan beberapa protein yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.

Senaman secara berkala ini dapat mengurangkan penumpukan protein, membantu memperlahankan penyakit dan meningkatkan fungsi kognitif serta ingatan.

Namun, ada individu yang menghidap Alzheimer mungkin menghadapi cabaran melakukan senaman secara berkala.

Bagaimana senaman memperlambatkan Alzheimer?

Walaupun tidak ada penawar untuk penyakit Alzheimer, kajian menunjukkan bahawa senaman berkala dapat membantu memperlahankan progresif terhadap penyakit itu.

Bersenam dengan intensiti sederhana seperti berjalan cepat atau menari dapat meningkatkan aliran darah ke otak dan mengurangkan penumpukan protein beta-amiloid.

Protein ini terkumpul di dalam otak, menyebabkan gejala khas penyakit Alzheimer.

Apakah senaman terbaik untuk individu yang menghidap Alzheimer?

Lakukan senaman yang paling sesuai untuk Alzheimer berbeza bergantung pada peringkat atau tahap penyakit.

Bagi peringkat awal hingga pertengahan

Menurut kajian pada 2020, dalam peringkat awal hingga pertengahan Alzheimer, pesakit boleh lakukan aktiviti aerobik seperti berjalan cepat, berenang dan latihan ringan kekuatan boleh memberi manfaat.

Senaman itu dapat membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, keanjalan dan kekuatan otot tanpa menyebabkan tekanan atau ketidakselesaan yang berlebihan.

Bagi peringkat akhir Alzheimer

Gabungan senaman yang merangkumi senaman aerobik, kekuatan, keseimbangan, dan koordinasi juga boleh memberi manfaat untuk pesakit peringkat akhir Alzheimer.

Pakar kesihatan juga mengesyorkan supaya mereka duduk tanpa sokongan selama beberapa minit setiap hari untuk menguatkan postur dan berbaring rata di atas katil untuk membantu meregang.

Bagaimanapun, sebarang aktiviti dilakukan perlulah mendapatkan nasihat pakar kesihatan anda sebelum memulakan senaman untuk memastikan keselamatan dan keselesaan.

Apakah cara lain pesakit Alzheimer kekal aktif?

Selain senaman ada cara lain pesakit Alzheimer untuk kekal aktif. Antaranya:

Berjalan

Berjalan secara berkala antara cara yang baik untuk kekal aktif dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Anda boleh mengajak rakan atau penjaga anda untuk menemani aktiviti berjalan, selain atas dasar keselamatan.

Menari

Menari membabitkan pergerakan aktif fizikal boleh membantu merangsang mental dan sebagai aktiviti sosial yang menyeronokkan.

Aktiviti itu dapat membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Berkebun

Berkebun menjadi senaman ringan yang wajar dilakukan. Aktiviti seperti bertani, mencabut rumput dan menyiram pokok umpamanya menjadikan anda lebih aktif secara fizikal.

Berkebun terapeutik juga menawarkan rangsangan deria dan hubungan dengan alam.

Senaman bersesuaian

Mungkin perlu untuk menyesuaikan senaman berdasarkan kebolehan dan batasan anda.

Lakukan regangan lembut dan akiviti yoga

yang diubahsuai untuk mengekalkan mobiliti dan keanjalan sambil mengurangkan risiko kecederaan.

Sertai kumpulan senaman

Menyertai kumpulan senaman untuk individu yang menghidap Alzheimer boleh mewujudkan persekitaran sokongan dan inklusif untuk mengekalkan aktiviti fizikal.

Bolehkah senaman mencegah Alzheimer?

Walaupun tidak ada cara pasti untuk mencegah Alzheimer, menjalani gaya hidup yang aktif fizikal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit itu.

Penyelidikan juga mengaitkan senaman berkala dengan peningkatan kesihatan kardiovaskular, pengurangan keradangan, dan peningkatan fungsi otak pada orang dewasa yang lebih tua.

Oleh itu, lakukan gabungan senaman aerobik, latihan kekuatan dan aktiviti merangsang otak ke dalam rutin harian boleh menyumbang kepada otak yang lebih sihat dan mengurangkan risiko Alzheimer.

Justeru, walaupun senaman tidak boleh menyembuhkan Alzheimer, manakala aktiviti fizikal yang berkala dapat memperlahankan perkembangan dan meningkatkan fungsi kognitif penyakit itu.

Anda boleh meningkatkan kualiti hidup anda dengan melakukan senaman yang sesuai, membabitkan diri dalam aktiviti tertentu dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Adalah disarankan untuk menyesuaikan rutin senaman dengan kemampuan anda.

Berita Harian X