Sabtu, 23 March 2024 | 10:35am

5 makanan ajaib jadikan puasa, tarawih lebih tenang tanpa radang

Ketika kita menjalani ibadat puasa terutama selepas bersahur dan berbuka puasa serta solat tarawih dengan menikmati pelbagai juadah, tentulah radang menjadi 'rakan' yang kurang diingini walaupun ia bukanlah musuh mutlak kepada kesihatan kita.

Ini kerana ia sebenarnya membantu badan kita untuk mempertahankan diri daripada jangkitan dan kecederaan, tetapi radang kronik boleh menyebabkan penyakit yang pastinya kita tidak mahu bukan sahaja mengganggu puasa, bahkan kesihatan secara keseluruhan.

Stres, tahap aktiviti rendah dan makanan menyebabkan radang boleh menjadikan risiko ini lebih signifikan. Oleh itu, makanan yang boleh membantu dalam mengurangkan radang sangat disyorkan.

Kajian menunjukkan beberapa makanan tertentu boleh membantu dalam mengurangkan radang kronik termasuk minyak zaitun, beberapa jenis beri, buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah dan ikan.

Maknanya, kita boleh menghentikan radang dengan mudah sekiranya lima makanan ajaib ini menjadi sebahagian juadah termasuk ketika bersahur dan berpuasa.

Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan rempah-rempah mengandungi sebatian antiradang, sekali gus boleh membantu mengurangkan radang. Ini senarai makanan paling antiradang.

1. Buah beri

Buah beri adalah buah-buahan kecil kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Sebenarnya. terdapat puluhan jenis tetapi yang paling biasa kepada ramai tentunya seperti berikut:

- Strawberi

- Blueberi

- Raspberry

- Blackberi

Buah beri mengandungi antioksida dipanggil antosianin. Sebatian ini mempunyai kesan antiradang boleh mengurangkan risiko penyakit.

Kajian semula pada 2018 menunjukkan fitokimia yang terdapat dalam buah beri boleh membantu dalam menangguhkan perkembangan dan perkembangan kanser. Walaupun penyelidikan lebih lanjut diperlukan, ia mungkin memberi faedah kepada imunoterapi.

Badan anda secara semulajadi menghasilkan sel NK yang membantu untuk mengekalkan sistem imun anda berfungsi dengan betul.

Dalam satu kajian lain, orang dewasa mempunyai berat berlebihan dan memakan strawberi mempunyai tahap penanda radang tertentu lebih rendah berkaitan dengan penyakit jantung berbanding dengan mereka yang tidak.

2. Ikan berlemak

Ikan berlemak adalah sumber protein baik dan asid lemak Omega-3 berantai panjang asid eikosapentaenoik dan asid dokosaheksaenoik (DHA).

Walaupun semua jenis ikan mengandungi beberapa asid lemak Omega-3, ikan berlemak ini adalah antara sumber terbaik:

- Salmon

- Sardin

- Hering

- Makerel

- Ikan bilis

EPA dan DHA membantu mengurangkan radang yang jika tidak, boleh menyebabkan keadaan kesihatan seperti sindrom metabolik, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang.

Badan manusia boleh memetabolismekan asid lemak ini menjadi sebatian dipanggil resolvin dan protektin yang mempunyai kesan antiradang.

Kajian mendapati individu mengambil salmon atau suplemen EPA dan DHA mengalami penurunan penanda radang protein C-reaktif (CRP).

Bagaimanapun, dalam satu kajian, orang mengalami degupan jantung tidak teratur dan mengambil EPA serta DHA setiap hari tidak mengalami perbezaan dalam penanda radang berbanding dengan mereka menerima plasebo.

3. Brokoli

Tiada siapa yang boleh menafikan brokoli sangat berkhasiat. Ia sayur-sayuran cruciferous bersama dengan kubis bunga, kubis Brussels dan kale.

Penyelidikan menunjukkan memakan banyak sayur-sayuran cruciferous boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Ini mungkin berkaitan dengan kesan antiradang antioksida yang dimiliki.

Brokoli kaya dengan sulforafan, iaitu sebatian antioksida yang mengurangkan radang dengan mengurangkan tahap sitokin dan faktor nuklear kappa B (NF-κB), sekali gus menjadi molekul memacu radang dalam badan anda.

4. Avokado

Avokado mengandungi kalium, magnesium, serat, dan lemak tak tepu yang baik untuk jantung. Ia juga mengandungi karotenoid dan tokopherol, yang dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser serta penyakit jantung.

Selain itu, satu sebatian dalam avokado boleh mengurangkan radang dalam sel kulit yang baru terbentuk.

5. Teh hijau

Kita mungkin pernah mendengar teh hijau seperti matcha antara minuman paling sihat. Penyelidikan mendapati meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penyakit Alzheimer dan obesiti.

Manfaat ini disebabkan sifat antiradang dan antioksida, terutama suatu bahan dipanggil epigallocatechin-3-gallate (EGCG).

EGCG menghalang radang dengan mengurangkan pengeluaran sitokin proradang dan kerosakan kepada asid lemak dalam sel-sel anda.

Justeru, usahakan yang terbaik untuk mengawal radang dengan memilih pelbagai makanan kaya dengan antioksida lazat. Memakan makanan seberapa mungkin semula jadi dan memilih pelbagai makanan berwarna-warni dapat membantu menyediakan lebih banyak nutrien antiradang.

Lada, coklat gelap, ikan, dan minyak zaitun extra virgin juga menjadi beberapa makanan boleh membantu dalam mengurangkan radang dan risiko penyakit.

Sumber: Heathline

Berita Harian X