Rabu, 13 March 2024 | 8:34am
Lemon kaya pelbagai khasiat terutama vitamin C dan untuk pencernaan. - Foto hiasan
Lemon kaya pelbagai khasiat terutama vitamin C dan untuk pencernaan. - Foto hiasan

Lemon banyak khasiat, namun apakah bahayanya diminum pada bulan puasa?

MERENDAMKAN buah lemon ke dalam air putih dan mengamalkan setiap hari cukup memberi banyak manfaat kesihatan.

Membuat jus menggunakan lemon segar, dicampurkan air adalah cara mudah dan menyegarkan untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Jus lemon minuman rendah kalori dan berupaya mengawal tubuh daripada kesan dehidrasi.

Pelbagai faedah diperoleh dengan mengamalkan minuman lemon dalam menu harian anda.

Asid sitrik yang ditemui dalam lemon menambah asid secara semula jadi dan membantu memecahkan makanan.

Vitamin C bertindak sebagai menyokong sistem imun yang sempurna. Apabila sistem imun berfungsi secara optimum, tubuh badan kurang terdedah kepada jangkitan terutama selesema.

Hirisan lemon dalam air kosong juga dilihat sebagai tarikan untuk anda terus menikmati minuman berkenaan bagi mengelak berlaku dehidrasi.

Minum lemon ketika berpuasa

Namun, bolehkah minum detoks air lemon saat berpuasa? Apa bahaya yang akan mengintai?

Ini cara tepat minum air lemon ketika berpuasa:

Anda boleh minum air lemon terlebih dahulu sebelum meminum air kosong atau buah kurma.

Sebelum makan berat adalah waktu terbaik untuk minum air lemon.

Anda boleh merendam lemon dengan air panas dan menunggu sampai air itu suam untuk mencegah kesan kurang baik daripada air lemon.

Boleh minum lemon antara 30 hingga 60 minit selepas berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, air lemon yang mengandung antioksidan dan serat pektin boleh menahan nafsu makan berlebihan, melancarkan pencernaan serta membuang toksin dalam tubuh.

Jika anda ada masalah gastrik seharusnya hindari dahulu minum lemon, Namun jika ingin minum seharusnya mencampurkan dengan menu makanan lain seperti menambahkan sedikit air perahan lemon pada makanan.

Beberapa manfaat air lemon untuk tubuh

Perlu diketahui lemon juga kaya dengan vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosfor serta protein dan karbohidrat.

Ini beberapa manfaat lemon yang baik untuk kesihatan dan kecantikan:

1. Baik untuk perut

Air lemon dapat membantu meringankan masalah pencernaan bila dicampur dengan air panas, termasuk di antaranya mual dan membuang toksid.

2. Perawatan gigi

Berkumur dengan air lemon segar ternyata boleh membantu dalam menyingkirkan rasa sakit gigi.

Manfaat buah lemon pada gusi dapat menghentikan perdarahan gusi. Juga menyembuhkan infeksi pada tekak.

4. Meredakan demam

Manfaat lemon dapat mengubati demam atau selesema

5. Menurunkan berat badan

Rutin meminum air lemon membantu menurunkan lebih cepat berat badan dan lebih elok dicampurkan dengan madu

6. Perawatan kulit

Air lemon dapat menjadi ubat antiseptik alami, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit.

Berita Harian X