Selasa, 12 March 2024 | 5:04pm

Masa depan penjagaan kesihatan dari rumah

Nilai kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia kekal utuh sehingga ke hari ini dan konsep menerima penjagaan kesihatan di rumah juga masih wujud.

Bayangkan insan tersayang dapat menerima rawatan perubatan dari keselesaan kediaman tanpa perlu berada di bilik menunggu yang sesak mahupun menginap hospital.

Situasi ini mungkin tampak seperti fiksyen sains, namun ia adalah masa depan penjagaan kesihatan, menjadikannya lebih mudah dan boleh diakses oleh semua.

Pendekatan ini sekali gus bakal merevolusi landskap penjagaan kesihatan dengan membawa perkhidmatan penting terus ke depan pintu rumah pesakit, mempromosikan kemudahan, penjagaan peribadi dan hasil yang lebih baik.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan populariti penjagaan kesihatan dari rumah di Malaysia termasuk situasi negara yang mengalami masalah populasi yang semakin menua.

Peralihan demografi ini meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan yang memenuhi keperluan khusus warga emas, yang sering mengutamakan keselesaan dan kebiasaan di rumah mereka.

Selain itu, faktor keberkesanan kos turut memainkan peranan di mana penjagaan kesihatan di rumah boleh menjadi alternatif yang lebih kos efektif untuk penginapan hospital, mengurangkan beban kedua-dua pesakit dan sistem penjagaan kesihatan.

Faktor terpenting kepada trend ini adalah kemajuan teknologi perubatan, seperti teleperubatan dan pemantauan jarak jauh yang membolehkan profesional kesihatan menyampaikan penjagaan berkualiti dari jauh, meningkatkan lagi kebolehcapaian dan kemudahan penjagaan di rumah.

Merapatkan jurang penjagaan hospital, rumah

Pengarah Urusan Hospital dan Operasi Penjagaan Kesihatan di Sunway Healthcare Group (SHG), Dr Khoo Chow Huat, menyatakan permintaan untuk penjagaan kesihatan di rumah dilihat kian meningkat.

"Kami telah melihat model penjagaan kesihatan rumah ini di Singapura dan Australia, dan menyedari terdapat peningkatan permintaan dan jurang dalam pasaran tempatan untuk perkhidmatan sedemikian," katanya.

Chow Huat berkata, model ini membolehkan pesakit menerima penjagaan yang kompleks dan komprehensif bagi penjagaan selepas bersalin, penjagaan akut pelbagai keadaan, fisioterapi dan pemulihan, penjagaan paliatif serta perkhidmatan diet dalam keselesaan kediaman mereka.

Katanya, dengan adanya program penjagaan kesihatan dari rumah seperti Hospital@Home dan Wellness@Home, Sunway Home Healthcare (SHH) merevolusi penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia, menawarkan pesakit pengalaman yang lebih selesa, berkesan dan mudah diakses.

"Kedua-dua program ini menggunakan pilihan pemantauan jarak jauh dan telekesihatan yang memanfaatkan Pusat Kawalan Teleperubatan, Pusat Perubatan Sunway, membolehkan perunding memberikan kesinambungan penjagaan yang lebih baik untuk pesakit selepas discaj.

"Dengan Hospital@Home, kami berusaha untuk memendekkan tempoh penginapan pesakit di hospital dengan memindahkan komponen penjagaan tertentu yang boleh diberikan dengan berkesan dan selamat di rumah," katanya.

Chow Huat berkata, pengalaman pahit selama lima hari di wad hospital kini boleh dikurangkan kepada dua hari, kerana pesakit kini boleh meneruskan infusi intravena (IV) antibiotik mereka di rumah.

"Daripada melawat hospital seminggu sekali untuk fisioterapi selama beberapa bulan, pesakit kini boleh menjalankan fisioterapi di rumah, dengan telekonsultasi bersama doktor.

"Kami percaya ini akan membantu pesakit terutamanya warga emas pulih dengan lebih baik memandangkan rumah cenderung menjadi persekitaran yang lebih selesa.

"Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan yang diperoleh di hospital. Semua ini dimungkinkan melalui pasukan pelbagai disiplin mudah alih, sokongan daripada hospital SHG dan penggunaan teknologi baru," katanya.

Sementara itu, program Wellness@Home pula menyediakan program bimbingan gaya hidup untuk pesakit yang perlu menguruskan penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi, serta menjalankan program saringan kesihatan dan vaksinasi di kediaman.

Ini dapat membantu pesakit dalam penjagaan pencegahan dan menggalakkan pengurusan kesihatan yang proaktif.

Tambahan, pesakit juga boleh menggunakan peranti pemantauan jarak jauh untuk mengesan tanda-tanda vital dan menjaga kesihatan serta kesejahteraan mereka.

Pendekatan ini sejajar dengan populasi yang semakin menua di Malaysia, di mana 73 peratus pesakit SHH adalah warga emas yang selalunya menguruskan keadaan yang kompleks.

Dalam usaha membentuk masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia, model penjagaan kesihatan dari rumah yang ditawarkan SHH ini bukan sahaja mengutamakan keselesaan dan kebolehcapaian pesakit malah mengisi keperluan permintaan di negara ini.

Kerjasama penjagaan optimum

Gabungan SHH dan SHG membolehkan kerjasama lancar antara penjagaan di rumah dan pasukan hospital bagi memastikan kesinambungan penjagaan untuk pesakit yang beralih dari hospital ke rumah.

Kerjasama ini membolehkan SHH memanfaatkan kepakaran dan sumber kumpulan untuk memberikan pesakit akses kepada pakar dan peralatan perubatan canggih.

Selain itu, ia dapat memperkasakan pesakit dan keluarga terutama warga emas, dengan keyakinan untuk menerima penjagaan yang terbaik, tanpa mengira lokasi.

Ini sekali gus membuka jalan bagi ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap dan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada pesakit, keluarga dan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, layari https://www.sunwayhomehealthcare.com.my/en/ dan nikmati penjagaan klinikal di kediaman anda.

Berita Harian X