Ahad, 10 March 2024 | 9:55am
Memberikan pendedahan terhadap ilmu renang membolehkan mereka mencintai air sama seperti mereka dapat berlari bermain di taman permainan.
Memberikan pendedahan terhadap ilmu renang membolehkan mereka mencintai air sama seperti mereka dapat berlari bermain di taman permainan.

Berenang bantu tingkatkan kesihatan kanak-kanak

Seharusnya semangat meneroka alam sekeliling dalam kalangan kanak-kanak, tidak dibataskan dengan perasaan takut terhadap air.

Memberikan pendedahan terhadap ilmu renang membolehkan mereka mencintai air sama seperti mereka dapat berlari bermain di taman permainan.

Selain dapat mempertingkatkan kecerdasan dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri, renang turut meluaskan pergaulan kanak-kanak.

Berdasarkan pandangan psikologi perkembangan kanak-kanak, kegiatan renang dapat membantu perkembangan fizikal dan motor si kecil.

Walaupun perkembangan itu tidak terlihat dalam sekelip mata, perkembangan sosialnya berkembang sejajar dengan kebolehannya menguasai diri dalam air.

Kita sendiri boleh melihat perbezaan ketara antara anak yang tahu berenang dengan yang takut air.

Anak yang takut mungkin terlalu bergantung kepada orang tua ketika bermain di dalam kolam serta terbatas melakukan aktiviti di dalam air.

Memberikan pendedahan terhadap ilmu renang membolehkan mereka mencintai air sama seperti mereka dapat berlari bermain di taman permainan.
Memberikan pendedahan terhadap ilmu renang membolehkan mereka mencintai air sama seperti mereka dapat berlari bermain di taman permainan.

Menerusi aktiviti sedemikian, ia membolehkan kanak-kanak meneroka kemampuan diri dan badannya, apabila dalam setiap pergerakan, ia memerlukan 'kerjasama' daripada setiap inci tubuh badan seperti keseimbangan, pernafasan dan keyakinan.

Pada usia sebegitu, koordinasi otot tangan, kaki dan bahagian tubuh lainnya sudah semakin baik, malah sudah tahu mengatur teknik pernafasan yang betul ketika menarik dan menghembus nafas, selain sistem saraf serta otot sudah matang dalam mempengaruhi koordinasi dan motor mereka.

Manfaat berenang

Renang berbeza daripada sukan lain kerana ia bagaikan dunia baru kepada tubuh manusia iaitu air.

Walaupun mungkin ia kelihatan agak terhad, sebenarnya banyak yang boleh diterokai menerusinya.

Sekiranya tahu berenang, anak akan berani berada di dalam air hingga membawa ke usia dewasa, atau mungkin juga seumur hidup.

Kemahiran renang tidak ternilai kerana boleh digunakannya untuk menyelamatkan orang lemas.

Ketakutan seperti ini dapat menimbulkan kelumpuhan emosional dan membatasi hubungan sosialnya juga.

Aktiviti renang membabitkan semua otot di seluruh bahagian tubuh seperti jantung dan paru-paru. Koordinasi yang baik

menambahkan semangat belajar dan tidak mudah sakit.

Anak yang menghidap asma sangat serasi dengan aktiviti renang kerana ia dikatakan mampu menguatkan otot dada dan paru-paru.

Juga baik untuk mempertingkatkan daya tumpuan anak.

Aktiviti sihat dan disarankan untuk orang gemuk. Untuk kanak-kanak obesiti, renang amat baik kerana didapati sekitar 25 peratus kalori terbakar ketika berenang.

Ajak anak bermain dalam air dan mulakan dengan kolam kecil, atau kolam plastik. Dekati anak ketika ia berada di dalam air.

Sekiranya si kecil menunjukkan ketakutan, segera angkat daripada kolam.

Kanak-kanak boleh mengikuti kelas renang khusus untuk mereka di bawah usia 12 tahun, yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah.

Melalui kelas renang ini, ia boleh memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berhubung beberapa teknik renang yang mudah.

Berita Harian X