Rabu, 28 Februari 2024 | 11:26am

Tingkat kesejahteraan mental dengan minuman probiotik

MASALAH kesihatan mental dan tekanan emosi semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya selepas pandemik COVID-19.

Pelbagai faktor mempengaruhi status kesihatan mental individu merangkumi kedudukan ekonomi, kerjaya, kestabilan sumber pendapatan, kesejahteraan kediaman, tanggungan dan beban hutang.

Lonjakan kos sara hidup baru-baru ini juga menjadi topik hangat yang dibincangkan secara meluas dan dijangka bakal memberi kesan kepada sebahagian besar penduduk.

Justeru, inisiatif pihak berwajib bagi meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia ketika era pasca pandemik adalah perlu bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera emosi dan rohani.

Seseorang individu juga boleh mengamalkan diet sihat seperti pengambilan nutrisi yang seimbang, kaya protein, antioksidan dan vitamin B yang menyumbang kepada pengurusan tekanan lebih baik.

Satu kajian klinikal yang dijalankan Kumpulan Penyelidik GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji keberkesanan lactobacillus pada susu kultur terhadap 'mood' turut membuktikan terdapat peningkatan hampir 47 peratus tahap serotonin (hormon gembira) selepas mengambil dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu.

Image

Kajian yang dijalankan ke atas pesakit sindrom ketidakselesaan usus (IBS) dengan kemurungan sederhana terhadap diri mereka itu juga membuktikan skor kemurungan dan gejala IBS dapat dikurangkan hampir 42 peratus dan 42.1 peratus.

Selain itu, hasil kajian juga mendapati pengambilan VITAGEN dapat meningkatkan skor kualiti hidup sehingga 7.1 peratus.

Ia disebabkan kandungan Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei yang tinggi, yang mampu meningkatkan tahap serotonin manusia.

Probiotik mampu memberi kesan kepada tahap serotonin melalui pengaruhnya pada paksi usus-otak iaitu rangkaian komunikasi dua hala antara usus dan otak yang penting untuk pelbagai fungsi fisiologi, termasuk kestabilan mood.

Serotonin adalah bahan kimia atau hormon "rasa baik" semula jadi di dalam otak yang bertindak mengawal 'mood' dan menyumbang kepada tumpuan, kestabilan emosi, kebahagiaan dan ketenangan apabila berada pada tahap normal.

Justeru, jika seseorang mempunyai tahap serotonin rendah, ia sering dikaitkan dengan kemurungan, seterusnya memerlukan ubat-ubatan bagi meningkatkan tahap serotonin, terutamanya dalam rawatan kebimbangan dan gangguan mood.

Hampir 95 peratus serotonin dihasilkan di dalam usus dan saintis mengklasifikasikan usus sebagai "otak kedua" kerana ia bukan sahaja bersambung ke otak melalui sistem neuron, malah ia juga membebaskan neurotransmiter seperti serotonin.

Secara keseluruhannya, serotonin berperanan dalam membantu anda untuk kekal fokus, menstabilkan emosi, gembira, tenang dan memberikan tidur yang berkualiti, serta mengekalkan kesejahteraan mental dan pencernaan.

VITAGEN mengandungi berbilion-bilion probiotik hidup dalam setiap botol, dengan menawarkan gabungan rasa, formulasi dan probiotik yang dipilih dengan teliti.

Ia menyediakan pilihan yang sihat untuk mereka yang mencari manfaat probiotik dalam bentuk yang mudah dan enak.

Beri keselesaan usus anda hari ini dengan mengamalkan VITAGEN setiap hari.Usus sihat, anda ceria!

Berita Harian X