Jumaat, 23 Februari 2024 | 8:35am
Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat. - Foto hiasan
Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat. - Foto hiasan

Buah delima bantu cegah sembelit dan pelupa

Buah delima kaya pelbagai khasiat untuk kesihatan

Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat.

Menurut Ketua Pakar Diet, Jindal Naturecure Institute, Sushma PS, berkata delima kaya dengan antioksidan terutamanya polifenol dan antosianin.

Katanya, sebatian ini membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan

Delima adalah sumber nutrien penting yang baik termasuk mengandungi vitamin C, kalium dan serat.

"Delima juga mengandungi serat makanan untuk meningkatkan kesihatan pencernaan dengan menyokong pergerakan usus secara teratur dan mencegah sembelit," katanya.

Manfaat lain buah delima

Buah delima boleh memberi manfaat kepada pelbagai keadaan yang berkaitan dengan keradangan termasuk penyakit arthritis dan gangguan keradangan lain.

Menurut pakar diet, ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan buah delima mungkin memberi kesan positif pada ingatan dan fungsi kognitif yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer atau pelupa.

Delima mengandungi sebatian dengan sifat antibakteria dan antivirus, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi daripada jangkitan.

"Buah ini agak rendah kalori dan boleh menjadi makanan ringan yang baik menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan mereka," kata.

Petua memilih buah delima masak

* Cari yang saiznya berat : Ia lebih berair dan mempunyai kulit licin dan tidak bertanda.

* Cara menyimpan buah delima - Simpan di tempat sejuk dan kering atau di dalam peti sejuk agar segar lebih lama.

Kegunaan lain buah delima:

* Teh delima: Buat Teh dengan kulit kering untuk minuman yang sihat.

* Cuka delima: Gunakan kulit dan biji untuk membuat cuka masam untuk memasak.

* Serbuk delima: Keringkan dan kisar kulitnya untuk membuat serbuk bagi menambah khasiat pada makanan dan minuman.- Agensi

Berita Harian X