Sabtu, 17 Februari 2024 | 8:27am
Gunakan bahan asli seperti bawang, ketumbar dan sos dalam masakan untuk ganti rasa gula dan garam.- Foto hiasan
Gunakan bahan asli seperti bawang, ketumbar dan sos dalam masakan untuk ganti rasa gula dan garam.- Foto hiasan

Bahan asli ganti gula, garam dalam masakan elak dapat penyakit kronik

Menikmati hidangan dengan mengawal pengambilan garam dan gula bukan saja membuatkan tubuh rasa lebih cergas, tetapi juga meningkatkan pertahanan badan secara keseluruhan.

Tubuh lebih sihat dan seseorang sukar jatuh sakit, selain memelihara tahap kesihatan dalam jangka masa lebih lama serta mengelak penyakit kronik seperti diabetes dan pelbagai jenis kanser daripada merosakkan keceriaan hidup.

Cara pemakanan secara sihat yang boleh diamalkan. Tip pengawalan sodium (garam)

1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan:

* Hadkan sodium kepada suku atau setengah sudu teh rata (hidangan untuk empat orang).

* Hadkan kicap kepada setengah sudu besar (hidangan untuk empat orang).

* Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan.

* Rendamkan ikan bilis dalam air panas dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah juga dihadkan.

2. Tambahkan rempah asli

Bahan asli masakan seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar.

Tambahkan dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam atau perencah masakan.

3. Untuk membangkitkan rasa masakan

Taburkan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodium yang tinggi.

Berita Harian X