Khamis, 4 Januari 2024 | 7:47am
Pengambilan hidangan sihat penting untuk anak sedang membesar supaya hidup cergas serta aktif. - Foto hiasan
Pengambilan hidangan sihat penting untuk anak sedang membesar supaya hidup cergas serta aktif. - Foto hiasan
Rancang menu sihat untuk pastikan anak mendapat nutrisi seimbang. - Foto hiasan
Rancang menu sihat untuk pastikan anak mendapat nutrisi seimbang. - Foto hiasan

Hidangan kaya nutrisi, bantu anak sihat, cergas dan cerdas

Pengambilan hidangan sihat penting untuk anak sedang membesar dan membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian dengan cergas serta aktif.

Oleh itu, perancangan menu berasaskan hidangan yang bernutrisi sepatutnya diberi keutamaan.

Selain pengambilan susu pada awal kelahiran, ibu bapa perlu bijak merancang jadual pemakanan sihat dan seimbang sejurus anak mula memasuki usia enam bulan.

Antara hidangan boleh disajikan adalah bubur atau puri yang dimasak sendiri di rumah.

Pemakanan segera atau dalam tin tidak digalakkan biarpun produk sedemikian dikhususkan dan sesuai untuk anak.

Sehubungan itu, apabila si kecil mula memasuki peringkat usia kanak-kanak, mereka akan bersekolah dan memerlukan tubuh yang sihat supaya otak cerdas dan meningkatkan prestasi pelajaran.

Luangkan masa beristirahat bersama keluarga dengan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah.

Ini waktu yang sesuai ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta menjimatkan perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu.

Merancang menu mudah dan tidak mengambil masa lama, jika anda membuat persediaan awal serta teratur.

Perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah untuk memastikan mereka sentiasa dibekalkan dengan kepelbagaian khasiat makanan yang seimbang.

Pilihan snek sihat juga boleh dibekalkan untuk anak ke sekolah bagi mengalas perut sebelum pulang ke rumah.

Ibu bapa kanak-kanak kerap diberikan menu berulangan agar mereka tidak cepat jemu sekali gus menjimatkan masa.

* Anda perlu merancang tiga menu hidangan utama dan dua menu snek sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya.

* Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu.

* Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

* Jika ada kumpulan makanan tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah di masukkan dalam menu snek.

* Waktu makan perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak ke sekolah dan balik dari sekolah.

* Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa.

* Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar. Rancang menu sihat untuk waktu makanan utama.

* Pastikan hidangan utama meliputi lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

* Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh. Contoh, campurkan beras perang dengan beras putih.

* Pengambilan hidangan berasaskan gandum atau bertepung dapat berikan tenaga, serat dan vitamin serta mineral kepada anak anda seperti roti, bijirin, pasta atau nasi.

* Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. Contoh seperti tomato dalam ayam masak merah.

* Tambahkan satu sajian makanan daripada kumpulan ikan, ayam, daging atau telur dan kekacang seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu.

* Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.

* Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Berita Harian X