Khamis, 30 November 2023 | 8:51am
Otak organ penting yang perlu dijaga sempurna supaya dapat berfungsi dengan baik. - Foto hiasan
Otak organ penting yang perlu dijaga sempurna supaya dapat berfungsi dengan baik. - Foto hiasan

7 tabiat buruk merosakkan otak

OTAK salah satu organ tubuh yang fungsinya sangat penting kepada manusia, selain sebagai pusat arahan utama yang mengawal segala-galanya daripada fungsi badan hingga proses lain.

Jadi, jaga otak anda dan berikan keutamaan kepada kesihatannya untuk kesejahteraan dan fungsi yang optimum.

Namun, pelbagai perkara boleh buatkan otak menjadi rosak jika tidak beri perhatian. Berikut tujuh tabiat buruk merosakkan otak:

1. Tekanan berlebihan

Stres terutama stres kronik mempunyai kesan merosakkan terhadap otak menyebabkan kehilangan ingatan dan kemerosotan kognitif.

Jadi anda perlu menguruskan stres bagi mengelak masalah itu dengan melakukan senaman, meditasi atau terus hobi digemari.

2. Kurang tidur

Tabiat anda tidak mendapat tidur yang konsisten boleh merosakkan fungsi kognitif dan menyumbang kepada gangguan hati.

Pastikan anda memberi keutamaan dengan mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Otak memerlukan masa ini untuk segar dan mendapatkan rehat secukupnya.

3. Makanan tidak sihat

Makan makanan tidak sihat dan yang diproses boleh merosakkan sel-sel otak.

Justeru, pilih makanan memberi tenaga pada otak, iaitu yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein rendah lemak.

4. Pemikiran cergas dan membaca

Penyelesaian teka-teki, silang kata atau permainan yang menguji kemahiran baharu boleh membantu kecerdasan minda anda, selain kerap membaca dijadikan tabiat supaya otak sentiasa bergerak aktif serta latih pemikiran yang kritis.

5. Tidak bersenam, kesilapan besar!

Jangan biarkan diri malas untuk melakukan senaman fizikal kerana ia boleh mengurangkan 'kuasa' otak anda dan meningkatkan risiko kemerosotan kognitif.

Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman setiap minggu dengan menekankan kardio, latihan kekuatan dan senaman kelenturan.

6. Ketagihan pornografi

Ketagihan pornografi merosakkan realiti, membuat anda mati rasa terhadap kebahagiaan sebenar dalam hidup dan memupuk harapan yang tidak realistik.

Bebaskan diri dengan detoks digital.

Kembali melakukan hobi lain lebih berfaedah dan memuaskan. Cipta hubungan bermakna dalam dunia sebenar.

7. Merokok

Jangan biarkan merokok mengaburkan kecerdasan anda. Ia tidak hanya merosakkan paru-paru, malah mengurangkan fungsi kognitif.

Berhenti merokok langkah terbaik untuk melindungi kesihatan otak anda.

Berita Harian X