Selasa, 23 Mei 2023 | 7:46am
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni digalakkan diet seimbang yang baik. - Foto hiasan
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni digalakkan diet seimbang yang baik. - Foto hiasan
Kalsium, zat besi, zink, vitamin B dan serat melengkapkan nutrien seharian anda. - Foto hiasan
Kalsium, zat besi, zink, vitamin B dan serat melengkapkan nutrien seharian anda. - Foto hiasan

Makanan lawan jangkitan penyakit

PENGAMBILAN makanan tidak perlu secara berlebihan sama ada tengah hari, makan malam atau pada bila-bila masa sahaja.

Pengambilan jumlah makanan yang kurang daripada biasa, tetapi seimbang adalah mencukupi untuk kekal sihat dan aktif.

Sebaliknya, masalah kesihatan akan timbul jika mengamalkan diet tidak sihat dan tidak seimbang.

Pastikan kita makan berpandukan piramid pemakanan untuk memastikan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan tubuh badan.

Mereka yang berpuasa harus banyak makan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi atau roti kerana ia membekalkan tenaga kepada tubuh.

Selain itu, lebihkan sayuran dan protein serta kalsium seperti susu dan yogurt.

Makan berlebihan mudaratkan badan

Sebenarnya, semua makanan amat baik kepada tubuh, tetapi jumlah yang diambil jangan berlebihan kerana ia memberi mudarat kepada anggota badan.

Pastikan makan berpandukan piramid makanan untuk cukup nutrien. - Foto hiasan
Pastikan makan berpandukan piramid makanan untuk cukup nutrien. - Foto hiasan

Pengambilan makanan seharusnya terhad kepada dua hidangan sehari. Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan hidangan merangkumi semua kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan.

Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk mencapai pertumbuhan yang optimum serta mengekalkan kesihatan yang baik.

Nutrien penting termasuk kalsium, zat besi, zink, vitamin B dan serat.

Makanan tinggi serat seperti beras perang, bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan akan membuatkan kita rasa kenyang yang lebih lama.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni akan menambahkan lagi variasi makanan.

Kumpulan makanan ini dianggap sebagai 'makanan pelindung' yang dapat membantu tubuh melawan jangkitan penyakit kerana ia kaya dengan sumber vitamin dan mineral.

Buah-buahan dan sayuran juga mempunyai kandungan kalori yang rendah, tetapi tinggi kandungan serat.

Disarankan pengambilan minuman secukupnya selain mengehadkan pengambilan minuman manis dan berkafein.

Kafein adalah ejen diuretik dan akan menyebabkan badan mengalami masalah kehilangan air.

Makanan terlalu pedas juga harus dielakkan kerana kerana ia akan menyebabkan perut tidak selesa.

Berita Harian X