Jumaat, 17 Februari 2023 | 8:31am
Elakkan berat badan terus menghantui diri, jadi mulakan amalkan gaya hidup sihat. - Foto hiasan
Elakkan berat badan terus menghantui diri, jadi mulakan amalkan gaya hidup sihat. - Foto hiasan

Atasi berat badan berlebihan

BERAT badan berlebihan atau obesiti bukan sahaja penampilan nampak kurang menarik, malah lebih utama ia berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Justeru, apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah berat badan?

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuk:

Pemakanan

Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:

* Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

* Bijirin penuh dengan pengambilan serat/ber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).

* 30 peratus kalori daripada lemak.

Jangan terpedaya mengambil ubatan untuk menurunkan berat badan. - Foto hiasan
Jangan terpedaya mengambil ubatan untuk menurunkan berat badan. - Foto hiasan

Untuk mengurangkan berat badan:

* Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.

* Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.

* Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mi).

* Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.

* Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.

* Baca label makanan terutama kandungan kalori.

Gimnasium antara cara untuk untuk kesihatan tubuh dan mengurangkan berat badan. - Foto hiasan
Gimnasium antara cara untuk untuk kesihatan tubuh dan mengurangkan berat badan. - Foto hiasan

Aktiviti fizikal

Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta jauh dan bersenam semasa menonton televisyen.

Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.

Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesik

Ubah tabiat anda

* Kenal pasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).

* Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal. Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.

* Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.

Ubat-ubatan

Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan. lika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Pilihan makanan kurang karbohidrat dan lebihkan buah dan sayuran. - Foto hiasan
Pilihan makanan kurang karbohidrat dan lebihkan buah dan sayuran. - Foto hiasan

Pembedahan

Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam tertentu contohnya, BMI melebihi 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.

Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.

Berapa lama seseorang perlu dirawat?

* Rawatan susulan yang berkala uperl untuk mereka yang mengalami kegemukan atau obesiti dan dalam kebanyakan kes, rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.

* Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.

Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan?

Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada:

* Ibu bapa, guru, keluarga dan rakan,

* Doktor, Pakar Pemakanan/ Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain

Berita Harian X