CORAK pemakanan piramid makanan mahupun suku-suku separuh mungkin antara saranan terbaik untuk sajian harian.
Menu makanan yang lengkap dengan karbohidrat, protein, lemak dan sayuran-sayuran serta buah-buahan ini perlu diet harian.
Persoalannya adakah diet ini, sesuai untuk dipraktikkan memandang kenaikan harga barangan makanan seperti ayam, ikan dan sayuran amat mendadak kebelakangan ini.
Berikutan kebimbangan itu, pakar pemakanan dari Program Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Dr Raseetha Vani Siva Manikam mengakui kenaikan harga sayur-sayuran baru-baru ini memberikan kesan kepada corak pemakanan rakyat.
Katanya, meskipun pemakanan seimbang perlu dititikberatkan untuk kesihatan, namun ia kini mula memberi kesan negatif.
Keadaan ekonomi ketika pandemik atau endemik bagi sesetengah orang mungkin berbeza kerana ada yang terpaksa bertukar kerja, mencari peluang berniaga dan sumber pendapatan lain, justeru secara langsung meningkatkan kos sara hidup.
"Bekalan makanan negara terjejas dengan kenaikan kos import barangan seperti baja, teknologi, benih, peralatan dan sebagainya.
"Barangan mentah ini amat diperlukan sebagai bahan asas dalam pertanian dan kekangan lain.
"Lebih utama sepanjang pandemik, kemungkinan besar corak pemakanan terjejas apabila kita berada di rumah sepanjang masa. Amalkan pemakanan sihat mengikut Piramid Makanan 2020 dengan sayur dan buah berada di carta itu.
"Maknanya kita patut amalkan makan sayur sekurang-kurangnya tiga sajian sehari," katanya.
Elak penyakit berbahaya
Dr Raseetha Vani berkata, pemakanan itu wajar dijadikan amalan susulan rakyat negara ini
mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia.
"Jika kadar obesiti dapat dikurangkan, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan penyakit jantung dapat dielakkan.
"Sayur mempunyai nutrien yang lengkap seperti mineral, serat, vitamin dan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan menghindari penyakit berbahaya," katanya.
Mengulas mengenai kenaikan harga sayur-sayuran beliau mencadangkan agar rakyat Malaysia mula membeli sayur alternatif dan penuh nutrisi dengan harga berpatutan.
Katanya, antara sayur adalah kailan, bayam, labu, tomato, cendawan, keladi, keledek, ubi bit, terung dan bendi, selain ulam-ulam," katanya.
Kata Dr Raseetha Vani, kepelbagaian dan variasi sayur-sayuran untuk dijamah amat penting untuk memastikan mendapat pelbagai nutrisi dan pigmen atau warna bagi manfaat kepada kesihatan.
Aktiviti pertanian bandar atau tanaman kecil-kecilan di rumah bagus untuk memaksimumkan pemakanan sihat dan sayur-sayuran.
"Masyarakat kini mula berjinak dengan aktiviti penanaman di kawasan rumah, tak kisah sama ada di tanah atau di dalam polibag.
Stok bekalan makanan yang terganggu meskipun seketika akan menyumbang kepada ketidakstabilan sekuriti makanan.
"Ini disebabkan negara kita bergantung kepada bekalan asas yang diimport. Ia bakal memberi kesan jangka masa panjang kerana kita berhadapan dengan pertambahan populasi penduduk berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan populasi penduduk negara ini mungkin mencapai 40 juta," katanya.
Lima sayur murah tetapi berkhasiat
1) Bayam
2) Labu
Kaya vitamin E, zat besi dan folat.
Bantu elakkan kesihatan jantung kerana labu mengandungi tinggi potassium, vitamin C dan serat.
3) Ubi keledek
4) Terung
- Polifenol dalam terung didapati mengurangkan penyerapan gula dan merangsang pelepasan insulin.
5) Ulam kampung