PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia mencetuskan pelbagai perubahan dalam hidup masyarakat.
Walaupun kebimbangan terhadap virus itu belum berakhir, kini rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega berikutan keadaan semasa pandemik bertambah baik.
Sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baharu, Herbalife Nutrition meminta rakyat Malaysia memupuk amalan lebih sihat.
Amalan sihat bukan sahaja membantu meningkatkan kesihatan diri secara dalaman, malah menambah baik penampilan luaran.
Impak pandemik
Pengarah Kanan merangkap Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin, berkata, pandemik mengundang pelbagai cabaran yang memaksa orang ramai menyesuaikan diri dengan norma baharu.
"Ada antara mereka terpaksa mengorbankan beberapa rutin penting dan tidak kurang pula ada yang mula terikut tabiat kurang baik sepanjang terkurung di rumah," katanya.
Berdasarkan Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik Herbalife Nutrition 2021, enam daripada 10 rakyat Malaysia menyatakan kesihatan fizikal dan mental mereka tidak begitu baik ketika pandemik.
Tinjauan itu turut mendedahkan lapan daripada sepuluh (82 peratus) responden Malaysia menyatakan mereka mengalami kemerosotan kesihatan fizikal dalam tempoh 12 bulan lalu.
Ia disebabkan kekurangan kegiatan fizikal akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berperingkat dalam negara.
Masalah itu turut didorong dengan pengambilan lebih banyak makanan yang tidak sihat (42 peratus) dan kekurangan sokongan komuniti mengikuti program senaman (34 peratus).
Tekad melakukan perubahan
Bagi mengatasi kemelut kesihatan ini, satu daripada dua rakyat Malaysia menyatakan mereka mula mengamalkan tabiat pemakanan lebih sihat dan dua daripada lima responden pula mula bersenam dengan lebih kerap.
Seiring semangat itu, Herbalife Nutrition menyatakan komitmen untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan dan mengembalikan bentuk fizikal demi kehidupan lebih sihat di tahun baharu.
Menurut Steven, selain menggalakkan senaman dan pemakanan seimbang, Herbalife Nutrition juga melihat kepentingan pemakanan secara menyeluruh demi membantu orang ramai lebih sihat, dengan menikmati makanan lebih baik dan mengambil jumlah nutrien secukupnya untuk keperluan badan mereka.
Diet lebih sihat
Apabila berbicara mengenai diet lebih sihat pula, mungkin ramai yang keliru dan runsing dengan begitu banyak maklumat didapati menerusi pelbagai saluran.
Sebenarnya, anda tidak perlu bimbang kerana ada satu langkah mudah untuk memulakannya iaitu dengan mencatatkan amalan pemakanan.
Amalan ini membantu mengingatkan anda mengenai realiti pemakanan seharian sekali gus membolehkan anda menumpukan kepada amalan yang perlu diperbaiki.
Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition, Susan Bowerman, berkata, apabila seseorang itu menjejak kemajuan, mereka akan menyedari mengenai kejayaan yang dicapai, seterusnya berupaya menentukan cara terbaik untuk melakukan penambahbaikan.
Satu lagi petua mudah dan penting adalah dengan mengenal pasti bahawa anda sudah kenyang dan beringat ketika makan. Menurut Bowerman, majoriti masyarakat di negara ini kerap makan secara berlebihan, terutama ketika musim perayaan.
"Ramai orang suka makan sehingga kekenyangan, dan bukannya secara berkadar supaya mereka tidak merasa lapar. Proses ini mungkin mencabar bagi mereka yang dibesarkan dengan amalan untuk makan sehingga pinggan licin agar tidak membazir makanan.
"Sebaiknya, mulakan dengan menghidangkan sajian yang lebih kecil dalam pinggan. Kunyah dengan perlahan dan kekal peka terhadap rasa dan makan sehingga tidak lagi merasa lapar. Jangan makan sehingga terlampau kenyang," kongsinya.
Pengambilan nutrien yang betul
Sementara itu, pengambilan makanan dan nutrien yang betul mampu memberi perbezaan ketara kepada kesihatan dalaman dan juga penampilan luar seseorang.
Pengarah Latihan dan Pendidikan Produk Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition, Laura Chacon-Garbato, menyatakan bahawa keadaan kulit dan rambut kita dipengaruhi diet, umur dan keadaan persekitaran.
"Sememangnya anda tidak boleh mengawal faktor ini, tetapi anda mempunyai pilihan untuk memilih dan menentukan makanan yang baik untuk menjaga kesihatan kulit dan rambut anda," katanya.
Pelbagai nutrien, termasuk protein, antioksidan, vitamin dan kolagen boleh menambah baik kesihatan kulit dan rambut anda.
Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan kandungan protein penting untuk memperbaiki dan memulihkan sel. Ia boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti ayam, daging, ikan, kacang soya atau tauhu.
Minuman protein juga adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan protein.
Di samping itu, vitamin dengan kandungan antioksidan seperti A, C dan E berupaya menyokong kesihatan kulit dan rambut di samping menggalakkan tumbesaran serta pemulihan sel.
Makanan yang kaya dengan Vitamin A termasuk buah-buahan, sayur-sayuran berwarna kuning dan merah, serta sayuran hijau. Buah-buahan sitrus pula membekalkan sumber Vitamin C yang baik.
Sementara itu, Vitamin E pula adalah sejenis antioksidan yang diperlukan oleh badan kita dan boleh ditemui dalam kuaci, badam, kacang tanah, labu dan lada benggala merah.
Makanan yang kaya dengan kolagen seperti sayuran hijau, sayur-sayuran berwarna merah dan kuning, beri, buah-buahan sitrus, ikan, ayam dan kacang soya juga penting untuk menyokong ketegangan dan keanjalan kulit.
Pengambilan produk kolagen tambahan juga pilihan yang harus dipertimbangkan.
Minum air secukupnya
Satu lagi petua penting untuk amalan hidup sihat adalah dengan pengambilan air yang secukupnya.
Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, anda disaran untuk minum lebih banyak air bagi mengelakkan kulit kering dan nyahhidrat.
Selain itu, anda juga boleh melindungi diri daripada bahaya sinaran ultra ungu dengan menggunakan krim tabir suria.
Kini, semakin ramai rakyat Malaysia berazam untuk menjadi lebih sihat. Untuk itu, Herbalife Nutrition menyatakan sokongan untuk bersama anda menghadapi tahun baharu lebih sihat dengan tawaran pek makanan ideal untuk meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.
Antara produk yang boleh membantu anda mengamalkan gaya hidup lebih sihat pada 2022 termasuk Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, Herbalife Nutrition Vitamin Masks, Protective Moisturizer, Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Conditioner, Collagen Plus Powder dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Herbalife Nutrition, layari www.herbalife.com.my.