Isnin, 11 Januari 2021 | 5:37pm
Coway menawarkan penyelesaian gaya hidup sihat. FOTO Coway Malaysia
Coway menawarkan penyelesaian gaya hidup sihat. FOTO Coway Malaysia

Ubah gaya hidup dengan penghidratan, rehat cukup

KUALA LUMPUR: Gaya hidup memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian sebagai langkah menjaga kesihatan diri.

Selain mengamalkan pemakanan mengikut piramid dan melakukan senaman dengan kerap, menghidratkan diri dengan minum air dan mendapat tidur yang secukupnya juga penting untuk kesihatan.

Menginjak ke tahun baharu, Coway menawarkan penyelesaian gaya hidup sihat kepada seluruh rakyat Malaysia melalui promosi produk terlaris mereka seperti penulen air dan tilam berkualiti premium.

Direka bagi memenuhi keperluan seisi keluarga dan individu yang mahukan gaya hidup lebih sihat, Coway menyediakan skim pembayaran bulanan yang berpatutan, khusus untuk anda menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Praktik gaya hidup sihat dengan mudah

Hidratkan diri dengan kerap pengambilan air 

Pakar kesihatan sering mengesyorkan pengambilan lapan gelas air sehari bagi memastikan tubuh badan kekal hidrat. 

Namun demikian, jumlah pengambilan air sebenarnya berbeza mengikut usia, tahap aktiviti dan keadaan kesihatan seseorang.

Bagi penggemar minuman berkafein seperti kopi atau teh, anda seharusnya mengetahui kafein mempunyai ciri diuretik yang menggalakkan pembuangan air kecil. 

Oleh itu, pengambilan air penting untuk menghidratkan semula tubuh badan.

Ditambah pula dengan Malaysia yang beriklim khatulistiwa dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, air tulen dingin yang menyegarkan sering menjadi pilihan utama untuk hidrat semula.

Dengan penulenan air Coway yang dilengkapi ciri yang canggih, pengguna boleh memiliki VILLAEM II, OMBAK dan KECIL pada harga yang berpatutan.

Sempena promosi tahun baharu, Coway menawarkan penjimatan sehingga RM1,400 untuk pembelian penulen air.

Pengguna juga boleh menukar beli penulen air bukan jenama Coway dengan VILLAEM II atau OMBAK, tanpa yuran sewa pemprosesan.

VILLAEM II, kini boleh dimiliki dengan ansuran pada harga RM104 sebulan dan pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,160 selain mendapat perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun seperti pembersihan produk dan penukaran penapis air.

Sebagai penulen air pilihan rakyat Malaysia, VILLAEM II paling laris dijual di pasaran kerana memiliki ciri mesra pengguna. 

Penulen air ini boleh mengekstrak air kepada empat suhu, iaitu suhu persekitaran, sejuk, suam dan panas.

Penulen air OMBAK pula mempunyai ciri yang agak berbeza dengan model lain kerana mempunyai tangki air panas yang lebih besar berbanding dengan penulen air atas meja Coway yang lain.

Ditawarkan pada harga RM120 sebulan, pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,400 dan mendapat perkhidmatan penyelenggaran percuma selama lima tahun. 

Seperti namanya, KECIL mempunyai reka bentuk yang kompak dan kecil, ia mempunyai fungsi penyejuk dan pemanasan air langsung yang amat sesuai untuk kediaman moden. 

Sempena promosi tahun baharu, pengguna boleh menikmati model KECIL pada harga RM77 sebulan dan mendapat perkhidmatan penyelenggaran percuma selama tujuh tahun. 

Pengguna bertuah pula berpeluang membawa pulang set kutleri eksklusif, sementara stok masih ada.

Dapatkan tidur yang secukupnya

Menurut satu kajian tempatan, sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur.

Pakar berkata, masalah tidur telah meningkat pada 2020 apabila konsep bekerja dari rumah menjadi kebiasaan baharu. 

Jika sebelum ini anda perlu bangun awal untuk ke pejabat namun tahun 2020 menyaksikan, ramai yang terbiasa tidur lewat dan lebih suka berbaring di atas katil sehingga lima minit sebelum memulakan kerja.

Trend ini dijangka akan berterusan pada 2021 kerana majikan masih menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Selain itu, masalah tidur turut berpunca daripada sinaran biru peralatan yang elektronik yang digunakan sebelum tidur.

Kesan cahaya ini mungkin menyebabkan anda terus terjaga lebih lama walaupun telah mematikan peranti, malah gejala ini boleh membawa kepada masalah insomnia.

Elakkan daripada memandang skrin beberapa jam sebelum tidur untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Mengangkat tema Hari Tidur Sedunia 2021 'Tidur Tetap, Masa Depan Sihat' (Regular Sleep, Healthy Future), Coway membawakan penyelesaian terbaik kepada anda dengan tilam PRIME Series yang bertaraf hotel lima bintang.

Sebagai tilam sewa premium pertama di Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan tilam berkala, sistem spring poket lima zon memberikan sokongan kukuh yang menyesuaikan bentuknya mengikut lengkungan semula jadi badan.

Sementara itu, fabrik anti statik membantu menyerap statik daripada badan yang menyebabkan insomnia.

Tilam ini turut tersedia dengan pelapik tilam yang boleh ditukar untuk memastikan kebersihan tilam anda.

Tersedia dengan tiga pilihan saiz iaitu King, Queen dan juga Super Single, rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman tidur di katil mewah dengan kadar serendah RM129 sebulan serta menerima perkhidmatan penjagaan tilam percuma selama lima tahun.

Buka lembaran baharu dengan azam untuk menjadi lebih sihat tahun ini. Maklumat lanjut mengenai Coway dan produk pemenang anugerahnya, layari www.coway.com.my.

Berita Harian X