Jumaat, 5 April 2024 | 4:45pm

Nestlé lancar paf pastri gourmet berasas tumbuhan

KUALA LUMPUR: Nestlé Malaysia mengembangkan lagi rangkaian produk Harvest Gourmet dengan pelancaran paf pastri iaitu rangkaian baharu yang menambah pilihan yang menarik, lazat dan mudah disediakan.

Kombinasi khasiat protein tumbuhan dan keenakan paf pastri gourmet itu sesuai untuk mereka yang ingin menikmati snek lazat.

Paf rangup dan berlapis itu boleh didapati dalam tiga perasa Asia yang digemari ramai iaitu paf kari berkrim, paf gochujang Korea dan dan paf BBQ oriental.

Paf kari berkrim mengandungi bahan tenusu sekali gus memperkayakan lagi perasanya untuk mereka yang menikmati sentuhan berkrim dalam paf.

Paf pastri buatan Malaysia itu turut diperakui halal dan menyediakan sumber protein yang baik kerana diperbuat daripada kacang soya dan kisaran berasaskan gandum, di samping adunan ramuan dan rempah penuh berperisa tanpa ditambah pengawet.

Paf pastri keluaran Harvest Gourmet adalah penyelesaian ideal terutamanya kepada ibu bapa bekerja dan profesional yang sibuk dan tidak sempat menyediakan snek sedemikian kepada anak-anak.

Malah, sajian itu juga boleh dijadikan pilihan ringkas untuk minum petang atau sebagai snek pada bila-bila masa.

Menariknya, apa yang menjadikan ia sebagai pilihan menyenangkan dan menjimatkan masa kerana penyediaannya ringkas dan mudah.

Paf pastri buatan Malaysia itu turut diperakui halal dan menyediakan sumber protein yang baik
Paf pastri buatan Malaysia itu turut diperakui halal dan menyediakan sumber protein yang baik

Selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku, snek itu boleh terus dimasukkan ke dalam 'air fryer' tanpa perlu dinyahbeku dan dimasak dengan suhu 180 darjah selsius selama 15 minit untuk mendapatkan paf pastri yang berlapis, rangup dengan sempurna dan sedia untuk dimakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad, Juan Aranols, berkata pihaknya teruja dengan produk terbaharu dalam rangkaian Harvest Gourmet itu.

Katanya, usaha untuk menangani kesan alam sekitar dan kesihatan berikutan pilihan pemakanan, pihaknya berusaha berinovasi untuk memperkenalkan produk yang lazat dan relevan kepada pengguna serta pada masa sama menyokong peralihan kepada diet yang lebih lestari.

"Nutrisi adalah sebahagian penting daripada usaha menjaga kesejahteraan insan dan kami komited untuk menyokong usaha rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Ini juga selaras dengan misi Nestlé Malaysia untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih lestari demi bumi dengan menambah tawaran produk berasaskan tumbuhan," katanya.

Paf pastri itu boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya terkemuka di seluruh negara dengan harga disyorkan RM22 di Malaysia Barat dan RM23 di Malaysia Timur dengan setiap pek mengandungi 10 pastri lapis.

Bagi mendapatkan 'Cooler Bag' Edisi Terhad secara percuma, pengguna boleh membeli mana-mana produk Harvest Gourment bersama sekurang-kurangnya satu produk paf pastri di gedung terpilih yang turut serta selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai paf pastri ini atau produk lain rangkaian itu, boleh layari https://www.facebook.com/NestleHarvestGourmet/ atau https://www.instagram.com/nestleharvestgourmet/

Berita Harian X