Isnin, 4 March 2024 | 11:54am
Antara juadah menu berbuka puasa bulan Ramadan di Hotel Wyndham Bangsar. Foto Aiman Farhan
Antara juadah menu berbuka puasa bulan Ramadan di Hotel Wyndham Bangsar. Foto Aiman Farhan
Pelanggan pasti puas hati dan berbaloi menyediakan aneka juadah iftar. - Foto Aiman Farhan
Pelanggan pasti puas hati dan berbaloi menyediakan aneka juadah iftar. - Foto Aiman Farhan

Lebih 150 jenis sajian warisan iftar, gamit kenangan di desa

KUALA LUMPUR: Kira-kira seminggu lagi Ramadan menjelang tiba dan sekali gus ramai inginkan kelainan berbuka puasa akan mencari premis yang menyediakan beraneka juadah berbaloi untuk dinikmati.

Bagi yang mahukan hidangan penuh dengan warisan Ramadan Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur mengetengahkan tema Khazanah Sajian Desa, sudah masuk tahun ketiga yang sentiasa dinantikan.

Meneruskan tradisi meraikan warisan dan budaya Malaysia, bufet tahun ini menjanjikan pengalaman kulinari mengasyikkan merangkumi intipati khazanah di negara ini.

Malah, sebaik tetamu melangkah masuk ke dalam hotel, mereka akan diselubungi dengan suasana meriah menampilkan pelbagai budaya, sekali gus mewujudkan pengalaman menikmati aneka hidangan.

Lebih 150 hidangan disediakan termasuk daripada kambing panggang dan sate sehinggalah kepada sup aromatik dan pelbagai makanan laut yang menggoda.

Aneka pencuci mulut tradisional seperti kuih-muih dan bubur, di samping gulai kawah dan pelbagai jenis makanan.

Turut ditawarkan adalah kaunter pelbagai jenis roti, makanan Itali seperti pasta, kaunter mi dan pelbagai pilihan masakan Melayu, Cina, India dan Barat yang lazat.

Bufet tahun ini menjanjikan pengalaman kulihari dengan intipati khazanah negara. - Foto Aiman Farhan
Bufet tahun ini menjanjikan pengalaman kulihari dengan intipati khazanah negara. - Foto Aiman Farhan

Bagaimanapun, apa membezakan bufet Ramadan tahun ini adalah persembahan pertama di bawah jenama baru Wyndham Grand Bangsar.

Pengurus Besarnya, TK Lee, berkata sambil meneruskan legasi kecemerlangan dalam layanan, pihaknya berbesar hati menyambut kedatangan pelanggan untuk meraikan semangat Ramadan.

"Kami sangat teruja mengalu-alukan tetamu kembali ke bufet Ramadan tahunan kami dengan tema 'Khazanah Sajian Desa' untuk satu tahun lagi pengalaman masakan yang tidak akan dapat dilupakan.

Antara 150 hidangan untuk dinikmati sempena bufet Ramadan.
Antara 150 hidangan untuk dinikmati sempena bufet Ramadan.

"Tema tahun ini terus meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian budaya di Malaysia yang menawarkan kepada tetamu peluang unik untuk meneroka dan menikmati khazanah masakan negara kita," katanya menawarkan harga RM198 untuk dewasa, manakala kanak-kanak (RM108).

Berita Harian X