Ahad, 20 Ogos 2023 | 9:54am
Saffron Brasserie lancar promosi sempena Hari Merdeka. - Foto/Ihsan AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Saffron Brasserie lancar promosi sempena Hari Merdeka. - Foto/Ihsan AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Pelbagai sajian lazat disediakan untuk pilihan pengunjung sempena sambutan kemerdekaan. - Foto/Ihsan AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Pelbagai sajian lazat disediakan untuk pilihan pengunjung sempena sambutan kemerdekaan. - Foto/Ihsan AnCasa Hotel Kuala Lumpur

Hidangan percuma Hari Kebangsaan, individu lahir pada 1957 di AnCasa Hotel

Tanggal 31 Ogos ini, negara menyambut ulang tahun ke-66 kemerdekaan.

Pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi bersama sebagai satu keluarga yang tidak mengenal bangsa, agama atau kepercayaan bagi mewujudkan masyarakat madani yang penuh toleransi, kaya dengan adat serta resam.

Kesejahteraan kecapi adalah hasil titik peluh, masa dan tenaga semua rakyat Malaysia bersatu hati dalam membina ekosistem negara Malaysia ke arah yang lebih maju serta dinamik.

Bagi menyemarakkan sambutan merdeka ke-66, pada tahun ini, Saffron Brasserie, AnCasa Hotel Kuala Lumpur melancarkan promosi berkembar; bermula dari Ogos sehingga September depan dengan hidangan Merdeka Hi-Tea dan Hari Malaysia.

Sajian meliputi masakan tradisi seperti Kari Ayam Kapitan, Nasi Goreng Kampung, Murtabak Ayam, pilihan mi aneka selera serta aneka kuih tempatan, rojak buah dan apam balik AnCasa.

Masakan tempatan, hidangan antarabangsa juga terkenal dan mendapat sambutan seperti sushi, aneka pasta, filet ikan bersama sos putih Alabama dan disulami dengan minuman sirap bandung, kopi dan cordial yang pasti memikat selera pengunjung.

Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi menarik minat si kecil seperti pertandingan menghias kek, pizza dan juga biskut bersempena dengan tema Hari Merdeka bagi mencungkil bakat terpendam dengan menawarkan pelbagai hadiah.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan Buskers dan penampilan khas sketsa Baba dan Nyonya menghiburkan untuk seisi keluarga.

Sempena hari istimewa ini pihaknya menawarkan Promosi Merdeka Hi-tea adalah RM66nett untuk dewasa dan RM50nett untuk kanak-kanak serta warga emas.

Istimewa pada 31 Ogos dan 16 September, hidangan percuma disediakan bagi mereka yang lahir pada tahun 1957 bagi menyambut hari bersejarah ini (tertakluk kepada seorang untuk satu keluarga sahaja).

Berita Harian X