Menikmati hidangan tengah hari kini lebih meriah dengan dua promosi terbaharu di restoran masakan Cina terkemuka Hotel Marriott Putrajaya, Summer Palace.
Kami membawakan semula hidangan tengah hari 'All-You-Can-Eat Dim Sum' yang popular, tersedia setiap Jumaat hingga Ahad, mulai 11.30 pagi hingga 2.30 petang.
Nikmati aneka sajian berstim, goreng dan bakar, aneka sup dan bubur, pencuci mulut dan banyak lagi.
Hanya pesan daripada menu dan pelayan kami akan menyajikan hidangan panas dan lazat kepada anda.
Lebih 40 pilihan dalam menu ini antaranya Ekor Udang Kalafi Goreng Gulung, Siew Mai Ayam, Itik Salai Gulung dengan Cendawan, Mi Goreng Dakwat Sotong dengan Telur Masin dan banyak lagi.
Hidangan makan tengah hari
'All-You-Can-Eat Dim Sum' berharga RM118 bersih seorang dewasa dan RM60 bersih seorang kanak-kanak (6-12 tahun).
Untuk Isnin hingga Khamis, menu set makan tengah hari Cina juga dihidangkan mulai 11.30 pagi hingga 2.30 petang.
Terdapat dua menu lazat untuk dipilih, iaitu Set Menu A yang membawakan Kombinasi Panas dan Sejuk Deluxe, Sup Panas Masam Rebus dengan Aneka Makanan Laut, Ayam Panggang Bijan dengan Sos Lada Hitam Sarawak, Filet Ikan Stim dengan Hirisan Halia dan aneka menu lagi.
Set Menu B juga lazat dengan hidangan seperti Kulit Ikan Salmon Goreng Kuali dengan Kuning Telur Masin, Sup Makanan Laut Kering Rebus dengan Bayam, Telur Tomato Goreng Kuali, Ayam Tanpa Tulang Goreng dengan Sos Kacang Pedas.
Set 7 hidangan makan tengah hari berharga RM48 bersih seorang (minimum 6 orang). Promosi ini berakhir pada hujung Oktober depan.
Mengenai Summer Palace, Hotel Marriott Putrajaya
* Restoran Masakan Cina
* Menyajikan masakan Kantonis dengan menu a la carte komprehensif.
* Boleh memuatkan maksimum 160 tetamu
* Ada 4 ruang makan peribadi.
* Dibuka bermula 11.30 pagi - 2.30 petang (makan tengah hari)
* Mulai 6.30 petang - 10 malam (makan malam)