Selasa, 25 Julai 2023 | 9:38am
Resipi Nestum Rose Tart ciptaan Yin Chow memenangi hati hakim yang mempamerkan kepelbagaian produk itu.
Resipi Nestum Rose Tart ciptaan Yin Chow memenangi hati hakim yang mempamerkan kepelbagaian produk itu.
Yin Chow (tengah) pemenang utama Cabaran Hidangan Nestum bersama Eu Khean (tiga dari kanan).
Yin Chow (tengah) pemenang utama Cabaran Hidangan Nestum bersama Eu Khean (tiga dari kanan).

Guru juara Cabaran Hidangan Nestum

KUALA LUMPUR: Seorang guru yang tampil dengan rekaan kreatif resipi, Tart Rose Nestum muncul sebagai juara Cabaran Hidangan Nestum.

Pertandingan itu sebahagian daripada Kempen Nestum Reka Rasa Raya yang diadakan pada, 1 Mac sehingga 30 April lalu.

Kempen itu menawarkan hadiah berjumlah RM100,000 termasuk kepada seramai 450 pemenang mingguan.

Kempen itu berakhir dengan Cabaran Hidangan Nestum yang menyaksikan sembilan peserta bersaing untuk merebut hadiah utama bernilai RM15,000 serta menyertai Kelas Pakar Perseorangan Eksklusif bersama usahawan dan pengasas bakeri tempatan popular, Gula Cakery, Arieni Adriena.

Yin Yin Chow, 35, dari Kuala Lumpur, berkata, dia amat tidak menyangka terpilih menjadi pemenang utama pertandingan itu.

Katanya, Nestum adalah bahan makanan bersifat serba guna dan boleh digunakan dalam pelbagai untuk membuat roti, kuih dan kek serta sajian lain.

"Saya sangat gembira dapat melihat idea sajian kreatif disediakan peserta lain.

"Ada banyak resipi hebat untuk dipelajari daripada mereka," katanya.

Beliau juga tidak sabar untuk menuntut ilmu baharu menerusi [kelas pakar yang menjadi hadiah utama cabaran itu.

Dia berharap kemenangan itu akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya dalam bidang berkenaan.

"Terima kasih Nestlé Malaysia dan Nestum kerana memberi peluang ini," katanya.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Tenusu dan Pemakanan Dewasa, Nestlé (Malaysia) Bhd, Wong Eu Khean, berkata pertandingan itu sebahagian daripada usaha pihaknya menggalakkan rakyat meneroka kepelbagaian ditawarkan Nestum untuk memasak dan mencipta sajian mudah serta enak.

Dengan rangkaian produk yang luas, Nestum dipenuhi dengan khasiat kebaikan mudah diserap dalam resipi untuk meningkatkan cita rasa dan kandungan pemakanan.

"Selain hadiah menarik, kami beri peluang kepada peserta menguji kemahiran dan mendapat nasihat daripada mentor berpengalaman dalam cabaran ini.

"Kami berharap pengalaman ini dapat menyokong mereka dalam perjalanan sebagai usahawan bakeri," katanya.

Cabaran Hidangan Nestum menjadi medan peserta memperlihatkan kepelbagaian rangkaian produk itu.

Pengadil kemudian menilai resipi mereka berasaskan kriteria seperti kreativiti, keaslian, penampilan, penyampaian resipi serta kemudahan penyediaan.

Lapan peserta lain turut tampil dengan pelbagai resipi kreatif seperti Paf Kurma dan Prun Nestum, Kek Rapuh Nestum dengan Mousse Oren serta Kek Keju Baklava Nestum, turut berpeluang memenangi baucar tunai bernilai RM3,000 setiap seorang.

Berita Harian X