Sabtu, 3 Jun 2023 | 3:55pm
Nur Fatin Ibrahim menunjukkan Brahim’s outdoor produk baharu Travelicous Meals di Kompleks Sukan Kelana Jaya.- NSTP/ Amirudin Sahib
Nur Fatin Ibrahim menunjukkan Brahim’s outdoor produk baharu Travelicous Meals di Kompleks Sukan Kelana Jaya.- NSTP/ Amirudin Sahib
Antara 13 variaso set Travelicious Meals diperkenalkan Brahim's Dewina. - NSTP/ Amirudin Sahib
Antara 13 variaso set Travelicious Meals diperkenalkan Brahim's Dewina. - NSTP/ Amirudin Sahib

Brahim's perkenal set hidangan panas' mudah disediakan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Brahim's Dewina, syarikat pengeluar produk makanan jenama Brahim's memperkenalkan produk baharu Travelicious Meals yang boleh dipilih dan dinikmati orang ramai sebagai 'hidangan panas' ketika melakukan aktiviti di luar.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Nur Fatin Ibrahim berkata ada 13 variasi Set Makanan Travelicious menerusi program Brahim's Outdoor dilengkapi elemen pemanas untuk dinikmati sebagai 'hidangan panas' khusus untuk peminat gemar melakukan aktiviti luar.

Set makanan itu mudah dihidangkan tanpa membawa dapur untuk memanaskan makanan.

"Setiap bungkusan mengandungi nasi sedia dimakan 150 gram (g), lauk sedia dimakan antara 120 g hingga 140g, elemen pemanas, set sudu dan garfu.

"Hanya perlu masukkan bungkusan makanan ke dalam ziplock, tambahkan air kira-kira 150 mililiter (ml). Sebarang jenis air boleh digunakan ketika berada di hutan.

"Tutup ziplock dan selepas 12 minit, bungkusan boleh dikeluarkan dan hidangan panas itu sedia dinikmati pada bila-bila masa," katanya dalam ketika reruai Brahim's yang dibuka sempena Outdoor Expo Malaysia 2023, bermula semalam hingga esok di Kompleks Sukan Kelana Jaya, semalam.

Turut hadir, Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Fazil Othman.

Nur Fatin berkata, pihaknya menyasarkan RM5 juta jualan setahun menerusi produk baharu berkenaan yang mula memasuki pasaran secara dalam talian sejak, 1 Mei lalu.

Sasaran itu, berdasarkan sambutan menggalakkan iaitu kira-kira 30 peratus daripada jualan dalam taliannya bulan lalu adalah daripada Travelicous Meals.

Antara pilihan 13 variasi set itu termasuk nasi putih 150g dan sambal daging 140g, pulut kuning 150g dan rendang ayam 120g serta nasi dagang 150g dan gulai ikan tongkol 140g.

"Mereka yang hadir ke expo ini mendapat 20 peratus diskaun bergantung jenis set makanan," katanya.

Berita Harian X