RAMADAN disambut tidak lama lagi dan membuatkan banyak hotel, restoran dan pelbagai premis makanan menyediakan aneka menu untuk iftar.
Justeru, Ramadan kali dijangka lebih meriah dan suasana berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga serta rakan dapat diraikan apabila semua rasa lebih selepas berlalunya tempoh pandemik yang teruk.
Hilton Petaling Jaya tidak ketinggalan untuk turut mengembalikan suasana meriah itu sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan mempersembahkan "Sajian Ramadan di Hujung Kampung' yang terdiri daripada pelbagai juadah menyelerakan.
Bertempat di Restoran Paya Serai, juadah hidangan disediakan secara bufet ini adalah sebahagian daripada kempen 'Citarasa Serantau' di seluruh negara oleh hotel Hilton di Malaysia.
Diinspirasikan oleh budaya dan warisan masakan Malaysia yang unik, tema tahun ini memanggil semua penggemar makanan untuk meneroka cita rasa ikonik Malaysia dan negara jirannya.
Cita rasa Serantau yang bermaksud rasa dari rantau ini, bukan saja mengetengahkan hidangan tempatan tetapi juga hidangan dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Aneka juadah cita rasa serantau
Justeru, bagi menambah kemeriahan juadah berbuka puasa, sebanyak 10 gerai kecil akan disediakan dengan sajian yang memenuhi cita rasa anda.
Semua menu yang disediakan juga akan ditukar setiap seminggu sekali untuk memastikan pengunjung tidak bosan dan boleh merasai pelbagai juadah berlainan.
Antara juadah premium yang menyelerakan ialah sup gearbox, nasi mandy kambing golek, ayam guling panggang berempah dengan nasi briyani, rusuk lembu direneh dengan asam pedas, gulai kawah daging dengan umbut pisang dan ikan sembilang salai masak lemak cili padi.
Selain itu, turut disediakan daging bakar dengan air asam utara, ikan merah bakar sambal petai, sup ketam nipah, bubur lambuk dengan ekor lembu serta nasi kandar lauk kawah berlima.
Bukan itu saja, pengunjung yang ingin cuba kelainan berbuka puasa, Genji menawarkan bento istimewa pada harga RM399 untuk dua yang merangkumi, kuih Melayu, ebi furai, unagi kabayaki, wagyu enoki aspara roll teri dan banyak lagi.
Genji juga menghidangkan satu lagi set bento yang terdiri daripada kuih Melayu, udang teppanyaki, cod teppanyaki, wagyu enoki aspara roll tepp, aneka cendawan, kerang teppanyaki dan ayam teppanyaki.
Sajian berbuka ini bermula pada harga RM198 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak bermula 23 Mac ini hingga 21 April depan.
Bagi pengunjung yang membuat tempahan awal, tawaran terhad diberikan iaitu dari 23 hingga 27 Mac dan 17 hingga 21 April, pengunjung akan menikmati potongan 30% peratus untuk tempahan prabayar yang dilakukan melalui eatdrinkhilton.com.
Bilik persendirian Paya Serai yang baru dilancarkan sesuai untuk perhimpunan keluarga kecil dan pertemuan perniagaan yang menjanjikan privasi dan keselesaan untuk acara formal mahupun sosial.
Harganya RM268 untuk dewasa dan RM138 untuk kanak-kanak.
Kempen Ramadan 'Cita rasa Serantau' bermula 23 Mac hingga 21 April ini dan sebarang tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi 03 7955 9122, emel [email protected] atau layari www.eatdrinkhilton.com.