Hotel lima bintang, The St Regis Kuala Lumpur menyediakan pakej percutian meriah serta mewah sempena Hari Natal disusuli acara sambutan Tahun Baharu 2023.
Menariknya, sebaik masuk ke lobi utama hotel berkenaan sudah dapat merasai suasana sambutan berkenaan dengan hiasan pokok Krismas setinggi 3.6 meter, dihiasi indah dengan pelbagai hadiah, coklat dan manisan.
The St Regis Kuala Lumpur menyediakan bufet Brasserie, iaitu hidangan panggang dan hidangan perayaan tradisional yang luar biasa bagi menyambut perayaan dalam suasana penuh kegembiraan.
Memeriahkan sambutan Tahun Baharu, pertunjukan bunga api yang menakjubkan di ruang privasi penuh kemewahan dan elegen menerusi Crystal's New Year's Eve 'Kaleidoscope' Themed Party.
Turut disediakan Astor Bar yang menyerlahkan lagi suasana dengan muzik yang dimainkan secara langsung serta artis, Dani Komari bagi mengisi malam dengan bunyi vintaj R&B Jazz sekali gus menghidupkan semula muzik zaman dahulu.
Sempena sambutan sama, hotel berkenaan menawarkan Limited Edition Festive Trunks Gifting, bermula 17 November sehingga 31 Disember ini.
Ia menampilkan beg kembara yang elegan dibalut dengan kulit tiruan, diukir halus dengan kunci tembaga, stud dan menampilkan lambang St. Regis yang ikonik.
Setiap beg disusun rapi oleh pasukan kulinari bagi melengkapkan hadiah pemberian dipenuhi dengan koleksi pilihan makanan menggunakan hanya bahan terbaik dan mewah, harga bermula RM880 sehingga RM4,500 bergantung koleksi makanan koleksi makanan bermutu tinggi.
Setiap Limited Edition Festive Trunks Gifting menawarkan koleksi pilihan makanan terbaik antaranya, 'balang parfait foie gras' dan duck rillettes; cranberry dan vanila chutney; roti nazelnut dan kismis; stollen krismas tradisional serta bar coklat; roti & sajian perayaan.
Bagi The Drawing Room Festive Afternoon Tea, mulai 17 November sehingga 1 Januari depan, menampilkan set termasuk skon hangat dengan krim, jem buatan sendiri dan canapes tanpa had.
Hidangan setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 8.30 malam, berharga RM168 sehingga RM298 seorang manakala untuk set bawa pulang RM178.
Bagi Festive Afternoon Tea by the Pool with gingerbread house decorating yang diadakan pada 17 dan 18 Disember ini, berharga RM188 seorang.
Orang ramai berpeluang meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak di tepi kolam dengan aktiviti menghias rumah roti halia.
Setiap kanak-kanak akan menerima rumah roti halia bersama gula-gula tanpa had, selain untuk menghias sendiri rumah roti halia untuk dibawa pulang.
Bakal dihoskan Ketua Baker Pastry Sous Chef, Naveen Manoharan dan pasukan kulinarinya, kanak-kanak boleh melontarkan semangat imaginasi dan menikmati aktiviti luar sambil ibu bapa menjamu selera dengan hidangan minum petang.
The Brasserie's Festive 3-Course Lunch Menu, boleh didapati mulai 5 Disember sehingga 31 Disember pada jam 12 tengah hari sehingga 3 petang, berharga RM248 seorang.
Hos masakan menyediakan bahan bermusim terbaik merasai pengalaman hidangan lazat, bermula pada 25 dan 26 Disember, jam 12 tengah hari hingga 3 petang, berharga RM488 sehingga RM698 seorang.
Pasukan masakan Brasserie mempersembahkan pelbagai hidangan klasik perayaan di samping hidangan istimewa seperti hidangan makanan laut segar di atas ais termasuk tiram, salmon dan bar kaviar, manakala hidang utama termasuk ayam belanda tradisional.
Pelbagai perisa ditampilkan pada musim perayaan kali ini termasuk perisa bermusim strawberi dan raspberi, rempah labu dan roti halia serta biskut dan krim coklat peppermint.
Turut ditawarkan takeaway dan delivery: festive roasts bermula 15 November sehingga 31 Disember ini.
Sempena sambutan malam Tahun Baharu, pihaknya menawarkan The Brasserie's New Year's Eve Buffet Dinner pada 31 Disember, bermula jam 7.30 malam hingga 12 tengah malam, pada harga RM688 sehingga RM988 seorang.
Orang ramai berpeluang makan dalam suasana moden-Eropah yang glamor sambil menyambut perayaan Tahun Baharu dengan hidangan makanan laut segar termasuk udang galah Boston, ketam Alaska, udang harimau, udang galah Sabah dan banyak lagi.
Yang ingin menyaksikan tembakan bunga api, boleh menyertai New Year's Eve 'Kaleidoscope' Themed Party with Fireworks at Crystal, pada 31 Disember ini bermula jam 6 petang sehingga 12 tengah malam, harga bermula RM320 sehingga RM3,200.
Ingin menyaksikan bunga api dari dalam bilik boleh mendapatkan pakej Stay with Us – In-Room Celebrations with Fireworks sehingga 31 Disember ini, berharga RM4,640 bagi bilik Grand Deluxe.
Untuk tempahan bilik boleh hubungi 03-27271111 atau e-mel di [email protected].