Selasa, 4 Disember 2018 | 10:12am
UDANG kara goreng menjadi lauk utama bagi Nasi Lemak Lobster@Labuan di Warung Sana Lagi, Kampung Sungai Labu, Labuan.
UDANG kara goreng menjadi lauk utama bagi Nasi Lemak Lobster@Labuan di Warung Sana Lagi, Kampung Sungai Labu, Labuan.
SELAIN udang kara, ayam goreng dan sambal sotong turut menjadi pilihan lauk untuk dimakan nasi lemak di Warung Sana Lagi.
SELAIN udang kara, ayam goreng dan sambal sotong turut menjadi pilihan lauk untuk dimakan nasi lemak di Warung Sana Lagi.
SEORANG pengunjung, Linda teruja dengan Nasi Lemak Lobster@Labuan.
SEORANG pengunjung, Linda teruja dengan Nasi Lemak Lobster@Labuan.

Warung Sana Lagi sedia makanan murah

ANDA pasti inginkan kelainan setiap kali menikmati hidangan makan malam. Lebih-lebih lagi ketika melancong bersama keluarga.

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan, hidangan makanan lautnya begitu enak, di tambah pula pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam ditangkap terus dari laut serta segar.

Paling menarik harganya amat berpatutan dan jauh lebih murah daripada kebanyakan negeri di Semenanjung.

Selepas puas mengunjungi tempat menarik di sekitar pulau jolokan nama Mutiara Borneo ini, jangan lupa untuk singgah sebentar menghilangkan penat-lelah di Kampung Sungai Labu, kira-kira lima kilometer dari Bandar Labuan.

Warung Sana Lagi jangan lupa dikunjungi untuk menikmati hidangan nasi lemak lain daripada yang lain iaitu Nasi Lemak Lobster@Labuan.

Pemilik Warung Sana Lagi, Mohd Zin Mokti, berkata idea menyediakan masakan nasi lemak udang kara itu adalah inisiatif bagi menarik pengunjung ke Labuan.

PEMILIK Warung Sana Lagi, Mohd Zain Mokti menunjukkan menu Nasi Lemak Lobster@Labuan yang disajikan di premisnya.
PEMILIK Warung Sana Lagi, Mohd Zain Mokti menunjukkan menu Nasi Lemak Lobster@Labuan yang disajikan di premisnya.

“Saya difahamkan terlalu banyak warung atau restoran menawarkan makanan laut yang hampir serupa. Jadi, timbul idea kepada untuk membuat satu kelainan dengan menawarkan makanan udang kara yang sering dianggap orang ramai sebagai makanan orang kaya.

“Saya berharap Nasi Lemak Lobster@Labuan menjadi tarikan baru buat pengunjung ke Mutiara Borneo,” katanya kepada BH Online.

Menu itu adalah program Inisiatif Mensejahterakan Rakyat Wilayah Persekutuan Labuan yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.

Mohd Zin berkata, untuk menikmati hidangan Nasi Lemak Lobster@Labuan, pengunjung juga dibenarkan membawa udang kara sendiri dan beliau mengambil upah memasak sahaja.

“Selain lauk udang kara, kami turut menghidangkan sotong goreng kunyit dan sambal, ayam goreng, sambal petai udang serta lauk pilihan pengunjung.

“Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding restoran lain. Pada kami kepuasan pelanggan menjadi keutamaan,” katanya.

SEORANG pengunjung, Firdaus teruja dengan Nasi Lemak Lobster@Labuan.
SEORANG pengunjung, Firdaus teruja dengan Nasi Lemak Lobster@Labuan.

INFO

Warung Sana Lagi

Lokasi: Kampung Sungai Labu, Labuan.

Pemilik: Mohd Zin Haji Mokti

Upah memasak udang kara: 1 kilogram (kg) ke atas - RM25

Harga pelbagai nasi lemak (antara RM4 - RM8)

Berita Harian X