Rabu, 2 Mei 2018 | 10:18pm
KETUA Pembangunan Perniagaan, Mohd Khairil Azrin (kiri); Pengurus Outlet, Mohd Nurazly Rafli dan Ketua Operasi, Mohd Fahmi Othman bergambar bersama juadah yang terdapat di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PENGUNJUNG sedang menikmati pelbagai variasi masakan ayam kampung di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PENGUNJUNG sedang menikmati pelbagai variasi masakan ayam kampung di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANTARA menu yang di sediakan di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANTARA menu yang di sediakan di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Pelbagai variasi masakan ayam kampung

MELIHAT nama restorannya saja, Premium Outlet Ayam Kampung Velodrome sudah cukup membayangkan restoran yang sudah beroperasi sejak 1980-an hanya menyediakan pelbagai variasi makanan berasaskan ayam kampung.

Ayam kampung banyak nutrisi dari segi kandungan protein, kalsium, fosfor, vitamin B5 dan mineral untuk membantu pertumbuhan badan selain meningkatkan metabolisme tubuh.

Ketua Operasinya, Mohd Fahmi Othman, berkata Premium Outlet Ayam Kampung Velodrome adalah penjenamaan semula restoran sejak tahun lalu bagi mengangkat nilai komersial masakan makanan Melayu di kawasan eksklusif pada harga rendah.

"Antara menu adalah sate ayam kampung, ayam kampung goreng, bakar, masak lemak cili api, kari, butter dan masak merah," katanya yang baharu beroperasi lapan bulan di cawangan keduanya di Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya.

Penulis berpeluang menikmati beberapa menu utama dan memilih masakan ayam kampung goreng dan ayam kampung butter. Ternyata ia berbaloi dari segi rasa dan harga.

AYAM kampung panas sangat diminati penggemar di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
AYAM kampung panas sangat diminati penggemar di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

MENU yang menjadi pilihan pengunjung di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
MENU yang menjadi pilihan pengunjung di Premium Outlet Ayam Kampung Veldrome, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Fakta Nombor

  • Dibuka jam 10 pagi - 10 malam (Setiap hari)
  • 40 ekor - Ayam Kampung dimasak setiap hari
  • RM6.90 - Bermula harga pakej makanan ayam kampung
  • 1.6 hektar - keluasan ladang ternakan ayam kampung sendiri di Paya Jaras, Selangor

Info

  • Lokasi di Lot EX-GW-01, Aras Bawah Dpulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, Cyberjaya.
  • Cawangan pertama di Medan Selera Velodrome, Cheras
  • Menyasarkan membuka 10 cawangan di seluruh negara.
  • Masakan lain seperti gulai kawah, siput sedut masak lemak, daging salai masak lemak cili api, udang XXL masak lemak dan ketam.
  • Pelbagai juadah masakan kampung.
Berita Harian X