Selasa, 13 Februari 2024 | 11:34am
Pengunjung melalui jambatan gantung setinggi 79.2 meter di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL).- Foto Bernama
Pengunjung melalui jambatan gantung setinggi 79.2 meter di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL).- Foto Bernama

Malaysia kaya hutan lipur sebagai destinasi ekopelancongan

MUSIM cuti sekolah sudah bermula perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan pembangunan karakter anak-anak khususnya, selain menambah pengetahuan mereka.

Aktiviti ini boleh mengurangkan kebergantungan anak-anak kepada gajet elektronik untuk

mengisi hari cuti mereka.

Lumrahnya gajet ini yang mendominasi aktiviti seharian mereka berbanding aktiviti lain yang lebih memberi manfaat.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama mereka ialah berkelah atau berkhemah

di samping aktiviti merentas hutan di hutan rekreasi.

Hutan rekreasi kaya dengan flora dan

fauna boleh memberikan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah kepada anak-anak selain

menjamin gaya hidup sihat keluarga.

Namun, sudah menjadi trend masa kini bagi kumpulan penggemar aktiviti lasak untuk

mencari tempat bagi melakukan aktiviti merentas hutan, mandi-manda di kawasan air terjun

yang disulami dengan acara berkelah ataupun barbeku di tempat berkenaan.

Namun, dalam keghairahan melakukan aktiviti ini, masyarakat dinasihatkan supaya tidak

memasuki kawasan larangan terutama sekali membabitkan hutan simpan kekal di bawah

Jabatan Perhutanan Negeri.

Pada dasarnya terdapat empat jenis hutan simpan kekal di Malaysia iaitu hutan perlindungan,

hutan berhasil atau pengeluaran, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pendidikan.

Daripada senarai hutan simpan kekal ini hanya hutan lipur dibuka kepada orang ramai dan

diperuntukkan sebagai tempat rekreasi, ekopelancongan dan untuk kesedaran masyarakat

mengenai perhutanan di bawah Dasar Perhutanan Taman Eko-Rimba 1978 (pindaan 1992).

Ia dibuka hampir sepanjang tahun kepada orang ramai kecuali pada waktu tertentu yang

akan diumumkan oleh Jabatan Perhutanan atau pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini hutan lipur turut dikenali sebagai Taman Rekreasi tetapi dijenamakan semula dengan

nama Taman Eko Rimba oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016.

10 Taman eko rimba di Selangor

Tahukah anda Selangor mempunyai beberapa hutan lipur yang dibuka sebagai kawasan untuk melakukan aktiviti berekreasi yang bertaraf dunia atau antarabangsa?

Kebanyakan hutan lipur ini terletak di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri

Selangor (JPNS).

Pada 2017, JPNS telah mewujudkan 10 Taman Eko Rimba dan sebuah Taman Negeri Selangor dengan keluasan sekitar 113,780 hektar yang mampu menyediakan kemudahan bagi tujuan rekreasi kepada masyarakat daripada pelbagai golongan.

Kebanyakan taman eko rimba ini menyediakan kemudahan untuk pengunjung juga

bertaraf antarabangsa serta diselia dengan baik seperti, gerai makan dan minum, parkir kereta

dan tandas awam.

Salah satu taman eko rimba yang mempunyai kemudahan dan persekitaran bertaraf

antarabangsa adalah Taman Eko Rimba Templer yang terletak di Rawang.

Kawasan ini mempunyai keunikan tersendiri selain kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem

yang kompleks serta menarik untuk dikunjungi.

Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dilakukan bersama untuk semua golongan masyarakat

seperti aktiviti berkhemah, mandi-manda, memerhati burung dan merentas hutan.

Selain itu, kepada mereka yang gemar mendaki dan merentas hutan boleh mendaki ke kawasan yang lebih tinggi untuk mendapatkan pemandangan yang lebih cantik dan kawasan air terjun yang lebih bersih serta tidak ramai pengunjung.

Oleh itu, pengunjung dapat melawat taman eko rimba yang berdekatan sekiranya

mereka mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Ini juga menghasilkan suasana persekitaran yang mendamaikan dan nyaman.

Demi keselamatan keluarga dan pengguna lain, masyarakat dinasihatkan untuk peka dan

sensitif dengan undang-undang seperti kesalahan menebang pokok, meninggalkan sisa

makanan, membakar sampah serta meninggalkan sampah setelah selesai menjalankan

aktiviti termasuk pencerobohan hutan simpan kekal.

Penggemar rekreasi luar terutama yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta

alam semula jadi boleh mengunjungi kawasan taman eko rimba yang diwartakan untuk menjalankan aktiviti yang digemari mereka.

Masyarakat perlu lebih bertanggung jawab untuk tidak menceroboh mana-mana kawasan

yang dilarangan untuk dikunjungi oleh pihak berkuasa.

Jadilah masyarakat yang bertanggung

jawab demi menjaga kelestarian alam sekitar di negara kita serta jadilah contoh yang baik

kepada semua.

* Penulis dari Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berita Harian X