Sabtu, 10 Februari 2024 | 8:33am
Percutian akan seronok jika ada aspek yang menarik untuk semua anggota keluarga. - Foto hiasan
Percutian akan seronok jika ada aspek yang menarik untuk semua anggota keluarga. - Foto hiasan

Rancang percutian di lokasi sesuai untuk anak

SABAN tahun cuti sekolah adalah masa yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak dan seisi keluarga.

Musim cuti sekolah adalah masa paling sesuai buat ibu bapa membawa anak-anak kembara.

Walau sekadar di dalam negara, itu sudah cukup menggembirakan anak-anak. Kalau ada bajet lebih dan memilih percutian di luar negara.

Ketika merancang percutian bersama anak, ibu bapa sering membuat pilihan sendiri yang dirasai sesuai.

Percutian akan terasa seronok jika ada aspek yang menarik untuk semua anggota keluarga. Jika ingin mengunjungi tempat bersejarah dan mungkin membosankan bagi anak-anak, pastikan destinasi itu ada tarikan lain yang sesuai buat mereka.

Jika kebiasaan anda bercuti hanya bersama anak-anak, apa kata tahun ini mengikuti rombongan percutian yang turut disertai kanak-kanak sebaya dengan anak anda.

Bercuti bersama keluarga rakan anak juga antara pilihan bijak. Bercuti dengan rakan sebaya menyeronokkan terutama bagi mereka yang ada minat sama.

Bercuti secara berkumpulan

Melalui percutian secara berkumpulan, anak-anak boleh berkenalan dengan rakan baharu.

Perkongsian dengan rakan baru pasti memberikan pengalaman berharga buat mereka selain menyeronokkan.

Jika anak ada bayi dan anak kecil, pertimbangkan untuk tidak mengunjungi tempat yang tidak sesuai dengan usia mereka.

Anak berusia enam tahun ke atas dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain, tetapi memerlukan pengawasan teliti daripada anda dan ahli keluarga lain.

Selain itu, periksa juga jadual tidur dan makan mereka. Hal ini sangat penting kerana si kecil boleh meragam jika lambat makan atau mengantuk.

Bagi anak yang sudah bersekolah, mereka boleh menerima perjalanan yang dirancang khusus untuk keluarga. Perkara terbaik ialah keseimbangan antara aktiviti di lokasi dilawati, masa bersenang-senang dan waktu untuk meneroka sesuatu yang baru.

Bagi memastikan anak tetap membaca buku, lakukan aktiviti rutin harian dengan membuat sarapan pagi sesuai untuk mereka ketika bercuti.

Pastikan semua ahli keluarga mengerti dan bekerjasama kerana ia intipati daripada percutian ini.

Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi dengan mempertimbangkan banyak hal, kita akan lebih dekat dengan mereka.

Jika keluarga anda besar dan percutian pula membabitkan pelbagai generasi, perjalanan lebih peribadi mungkin boleh dipertimbangkan.

Dengan pelbagai pakej ditawarkan agensi pelancongan, mereka boleh mengaturkan aktiviti fleksibel dalam jadual percutian termasuk kegiatan khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Berita Harian X