Isnin, 1 Januari 2024 | 8:40am
Pertunjukan api dengan aksi mendebarkan antara acara menyambut tahun baharu.
Pertunjukan api dengan aksi mendebarkan antara acara menyambut tahun baharu.

Ambang 2024 disambut cara tersendiri

Selamat datang 2024. Rata-rata di seluruh dunia meraikan sambutan tahun baharu ini dengan pelbagai acara yang tersendiri, tetapi bersederhana tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Namun, sambutan tahun baharu ini masih diadakan bagi menandakan penggantian tahun yang diharap membawa perubahan lebih baik bagi setiap orang.

Sinonim, ambang tahun baharu sebaik tepat detik 12 malam, suasana malam berbalam-balam diterangi cahaya berwarna-warni daripada pertunjukan bunga api yang sering ditunggu-tunggu warga dunia.

Umpamanya, bagi Lexis Hibiscus Port Dickson mereka mempunyai cara tersendiri apabila meraikan sambutan itu bersama lebih daripada 2,000 tetamunya menerusi perayaan Malam Tahun Baharu 2024 dengan mengadakan Karnival Countdown Neon Circus.

Suasana malam dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur.
Suasana malam dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur.

Seawal 5 petang, tetamu menginap di resort ikonik yang menjadi pusat peranginan terapung dengan konsep reka bentuk bunga raya itu sudah dibanjiri ramai memeriahkan awal sambutannya.

Pelbagai aktiviti disertai termasuk hiburan langsung, zoo haiwan, permainan karnival yang mengasyikkan dan hadiah cabutan bertuah, mewarnai sambutan.

Bezanya, tahun ini sambutan kemuncak ambang tahun baharu ini dengan persembahan api yang menakjubkan melakukan pelbagai aksi mendebarkan.

Presiden Lexis Hotel Group, Datuk Prof Mandy Chew Siok Cheng, berkata pihaknya memperkenalkan Karnival Countdown Neon Circus dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk seluruh keluarga.

Datuk Prof Mandy Chew Siok Cheng.
Datuk Prof Mandy Chew Siok Cheng.

Katanya, pihaknya berdedikasi dan komited memberikan tetamu peluang meraikan sambutan tahun baharu dengan cara ini.

"Suasana malam dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur. Permainan karnival memberikan kegembiraan kepada peserta, zoo haiwan yang teratur dengan baik memukau peminat haiwan dan lain-lain

"Selain pertunjukan haiwan dan circus yang mempesonakan dan pertunjukan api yang menggetarkan hati," katanya mengulas mengenai sambutan Tahun Baharu 2024.

Bagi tetamunya, malam itu bukan sekadar tentang hiburan, malah ia adalah perjalanan kuliner.

Antara tetamu yang malam barbue antarabangsa yang menampilkan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Antara tetamu yang malam barbue antarabangsa yang menampilkan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat di Lexis Hibiscus Port Dickson.

"Makan malam barbue antarabangsa yang menampilkan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat, bersama-sama minuman tanpa had dan pencuci mulut yang menggiurkan, menambah dimensi gastronomi kepada sambutan ini.

"Karnival Countdown Neon Circus terbukti menjadi acara akhir yang megah untuk tahun 2023, meninggalkan kenangan yang berharga kepada hadirin dengan acara yang lebih hebat menanti anda pada masa depan.," jelasnya.

Berita Harian X