Khamis, 7 Disember 2023 | 8:35am
Taman Bandar TRX adalah taman awam utama pertama di Kuala Lumpur dalam tempoh lebih daripada 20 tahun. Taman ini bakal menjadi salah satu taman atas bumbung terbesar di dunia.
Taman Bandar TRX adalah taman awam utama pertama di Kuala Lumpur dalam tempoh lebih daripada 20 tahun. Taman ini bakal menjadi salah satu taman atas bumbung terbesar di dunia.
Taman Bandar TRX terletak di tingkat tiga atas bumbung sebuah pusat beli-belah dengan lebih 150 pokok pelbagai spesis ditanam di kemudahan terbabit selain dikatakan tempat riadah dan 'healing' sempurna untuk warga kota.

Ramai serbu Taman Bandar TRX, syok sangat kah?

KUALA LUMPUR: Penuh perkongsian di laman sosial sehingga menjadi viral berhubung Taman Bandar TRX, di ibu kota yang baharu sahaja dibuka 29 November lalu.

Menariknya, ramai warga kota mengambil kesempatan mengunjungi taman bandar itu bagi membawa anak mereka bermain di taman tema air yang turut disediakan di situ.

Namun sayangnya, tindakan sesetengah pihak yang tidak peka ketika membawa anak mereka bermain di taman tema air di situ, menyebabkan sebahagian kemudahan di situ rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.

Berdasarkan akaun X, SkycrppersMY, mereka memaklumkan tidak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di sebuah pusat beli belah sudahpun rosak.

"Permainan itu memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang," menurut SkycrppersMY.

Foto tular orang ramai mengunjungi Taman Bandar TRX, Kuala Lumpur
Foto tular orang ramai mengunjungi Taman Bandar TRX, Kuala Lumpur

Ramai juga warganet kecewa dengan perkembangan itu yang menyifatkan ia suatu bentuk vandalisme selain mempertikaikan ketidakpekaan ibu bapa yang membiarkan anak berbuat demikian.

Sebelum ini melalui akaun X, @factura, pihaknya melahirkan kekesalan kerana terdapat kemudahan yang bukan dikhaskan untuk mandi iaitu 'spiral thing' di situ, namun ibu bapa membiarkan anak mereka berbuat demikian.

"Sudah macam taman tema air pula, tak rasapun benda 'spiral thing' itu tempat mandi budak, yang mak ayahpun pilihlah kawasan khas kalau nak basahkan anak. Penatlah tengok.

@skyscrapersmy Taman awam baru untuk 'healing' seisi keluarga di KL! Tak lain tak bukan TRX City Park yang baru sahaja dibuka di atas 'mall' The Exchange TRX. Masuk adalah percuma. Taman dibuka bermula 7 pagi hingga 11 malam. #theexchangetrx #exchangetrx #trxmall #trxcitypark #tunrazakexchange #trxshoppingmall #kualalumpur #malaysia #trxparkcarapergi #howtogototrx #mrttrx #carapergitrx #trx #tamanbandartrx ♬ France Accordion Swing - MIZUSATO Masaki

Perkongsian itu mendapat sehingga 3.7 juta tontonan dengan pelbagai pandangan, ada yang mengkritik tindakan tidak beradab itu, malah ada juga yang mempertahankan bahawa tempat terbabit sememangnya dikhaskan untuk kanak-kanak bermain.

Seorang warganet berpandangan, tindakan terbabit bukan berkaitan masalah taraf hidup masyarakat B40, M40 atau T20 namun ia lebih kepada adab.

Taman Bandar TRX yang merupakan antara taman 'rooftop' terbesar di dunia, umpama sebuah kawasan luas yang lengkap dengan pemandangan hijau, air terjun, tempat berkelah dan taman permainan.

Ia terletak di tingkat tiga atas bumbung sebuah pusat beli-belah dengan lebih 150 pokok pelbagai spesis ditanam di kemudahan terbabit selain dikatakan tempat riadah dan 'healing' sempurna untuk warga kota.

Taman itu dibuka bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan orang ramai boleh masuk dengan percuma.

Taman Bandar TRX adalah taman awam utama pertama di Kuala Lumpur dalam tempoh lebih daripada 20 tahun. Taman ini bakal menjadi salah satu taman atas bumbung terbesar seumpamanya di dunia.

Berita Harian X