Ahad, 3 Disember 2023 | 9:01am
Foto hiasan
Foto hiasan

Kekal selamat ketika melancong bersama anak kecil

MELANCONG dengan anak-anak mungkin mencabar, terutama jika mereka berumur di bawah lima tahun.

Kita selalunya merasakan kita sudah menyediakan semua keperluan dan kehendak anak-anak, tetapi pernahkah anda bertanya sama ada anda cukup berwaspada untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka semasa bercuti?

Menurut Ketua Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr Lee Soon Han, kecederaan atau penyakit yang paling lazim dalam kalangan kanak-kanak semasa bercuti ialah:

· Kemalangan jalan raya

· Jatuh yang menyebabkan luka, lebam atau luka yang terbuka (open wounds)

· Demam atau penyakit pernafasan akibat virus

· Kecederaan berkaitan dengan air, seperti lemas

· Cirit-birit dan muntah akibat keracunan makanan

Bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama itu, saranan Dr Lee kepada ibu bapa,

"Gunakan booster atau tempat duduk kereta dan tali pinggang keledar dengan betul mengikut umur, ketinggian dan berat kanak-kanak.

Pastikan mereka memakai peralatan keselamatan semasa berenang dan diawasi oleh orang dewasa. Selain itu, minum air dan makan makanan yang bersih dan selamat, serta pastikan kebersihan botol susu terjaga."

Kepentingan Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

Setiap ibu bapa harus mempunyai kit pertolongan cemas yang boleh mereka gunakan apabila melancong bersama anak-anak.

Dr Soon Han berkongsi bahawa kit itu harus megandungi, "Paracetamol untuk demam atau kesakitan, larutan rehidrasi oral (ORS), ubat batuk dan selesema seperti antihistamin, dan ubat sedutan (inhaler) sekiranya kanak-kanak itu menghidap penyakit asma.

Barangan asas untuk penjagaan luka seperti sarung tangan, kain kasa, tisu antiseptik, plaster dan pita pelekat, serta termometer juga perlu dibawa."

Di samping itu, adalah lebih baik jika ibu bapa mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan jika anak mereka mengalami mabuk perjalanan (motion sickness) atau berasa tidak selesa kerana perbezaan tekanan semasa berada dalam transit.

Tip untuk menangani mabuk perjalanan:

· Kekal hidrat

· Elak makan makanan yang berat, sebaiknya makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap

· Elakkan membaca atau menggunakan sebarang peranti skrin semasa dalam perjalanan

· Galakkan anak-anak tidur semasa dalam perjalanan atau penerbangan

Tip untuk mengelakkan tekanan di telinga:

· Ia boleh diatasi dengan menelan atau mengunyah sesuatu

o Bayi dan kanak-kanak kecil digalakkan untuk menyusu atau menghisap botol

o Kanak-kanak yang lebih besar boleh makan makanan ringan atau gula-gula getah

yang kanak-kanak gemar untuk keselesaan mereka

Bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang kronik, perjalanan ke destinasi yang mempunyai cuaca atau altitud yang berbeza mungkin memberi risiko.

"Ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum pergi melancong. Pakailah pakaian yang sesuai, termasuklah menambah lebih banyak lapisan sekiranya ke destinasi yang beriklim rendah.

Gunakan losyen pelindung matahari dengan kerap di tempat yang panas bagi mengelakkan kulit terbakar," nasihatnya.

Peka dengan apa yang dimakan oleh anak anda

Dengan pelbagai juadah yang menarik, kita haruslah beringat apa yang kita makan mungkin tidak sesuai dengan sistem penghadaman kanak-kanak.

Cirit-birit dan muntah adalah antara penyakit yang paling lazim di jabatan kecemasan menurut Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMC, Dr Nur Elayni Borhan, pastikan anak diajar berwaspada semasa makan dan minum.

Kerap basuh tangan untuk mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh makanan dan air, berikan susu badan kepada bayi anda kerana ini adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko serta pastikan vaksinasi adalah lengkap.

Ini kerana secara amnya, terdapat risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin semasa bercuti," katanya.

Paling penting, kanak-kanak harus mengelak daripada berenang di dalam air yang tidak berklorin, seperti sungai, kolam atau tasik, kerana mereka mungkin tercemar dengan penyakit yang boleh berjangkit kepada kanak-kanak jika air itu ditelan.

"Bagi rawatan cirit-birit, sebaiknya minumlah air dengan banyak. ORS boleh diambil untuk mengelakkan dehidrasi, terutamanya jika kanak-kanak itu turut muntah. Jika mereka mengalami dehidrasi, demam, atau najis berdarah, dapatkan rawatan perubatan dengan segera," katanya.

Waspada terhadap alahan

Menurut Dr Elayni, bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan makanan, perancangan awal adalah penting untuk perjalanan yang selamat dan selesa. Sentiasa berjaga-jaga dan bawalah ubat-ubat yang penting.

· Bawa kit perubatan yang mempunyai ubat anak anda, termasuk pen epinefrin tidak kiralah perjalanan itu dekat atau singkat.

· Bekalkan makanan ringan yang selamat sekiranya tiada restoran yang sesuai untuk anak anda.

· Jika anda pergi ke negara yang tidak berbahasa Inggeris, dapatkan maklumat tentang alahan yang dialami dalam bahasa setempat. Anda boleh memberikan maklumat bertulis ini kepada penyedia makanan bagi memudahkan mereka memahami keperluan anak anda.

· Jika anak anda mempunyai sejarah alahan yang teruk, ambil perhatian tentang polisi alahan pada syarikat penerbangan dan hotel. Setiap syarikat penerbangan atau hotel adalah berbeza, dan mereka memerlukan notis awal untuk membuat persiapan.

· Carilah restoran atau kedai barangan runcit yang mempunyai produk yang selamat untuk anak anda.

Bercuti dengan damai

· Bawa mainan bersama

"Saya menasihatkan agar ibu bapa membawa bersama beberapa ubatan topikal seperti krim antiseptik, minyak angin atau sapuan jenis perubatan,".

"Anda mengenali anak anda sendiri, jadi bawalah barangan yang akan memberi manfaat kepada mereka. Elakkan membawa barangan yang baru untuk mereka." katanya.

Untuk menggalakkan ibu bapa untuk mengetahui cara mendapatkan rawatan perubatan kecemasan jika perlu.

Sebelum bercuti, kenal pasti semua kemudahan penjagaan kesihatan yang penting di destinasi percutian dan dapatkan nasihat mengenai perkhidmatan perubatan tempatan daripada hotel atau wakil syarikat pelancongan.

Paling penting, semua kanak-kanak harus memiliki polisi insurans perjalanan yang turut mengandungi khidmat penghantaran pulang jika perlu.

Berita Harian X