Rabu, 29 November 2023 | 9:19am
Kehijauan alam, keindahan floral dan fauna di kawasan sekitar Peladang Setiu Agro Resort, , Guntong, Setiu, Terengganu. - NSTP/ Nurul Fatihah Sulaini
Kehijauan alam, keindahan floral dan fauna di kawasan sekitar Peladang Setiu Agro Resort, , Guntong, Setiu, Terengganu. - NSTP/ Nurul Fatihah Sulaini
Pengunjung seronok mandi-manda di Taman Tema air mini di Peladang Setiu, Agro Resort.
Pengunjung seronok mandi-manda di Taman Tema air mini di Peladang Setiu, Agro Resort.
Antara lokasi indah di dalam resort menambah ketenganan minda.
Antara lokasi indah di dalam resort menambah ketenganan minda.
Suasana damai berkonsepkan agrotourism mengimbau kehidupan di desa.
Suasana damai berkonsepkan agrotourism mengimbau kehidupan di desa.

Suasana damai di resort berkonsepkan agrotourism

SUASANA nyaman sejuk mata memandang tatkala kaki melangkah masuk ke

ke Peladang Setiu Agro Resort, Guntong, Setiu, apabila melihat kehijauan alam serta keindahan flora dan fauna di sekeliling kawasan itu.

Terletak kira-kira 89 kilometer dari Kuala Terengganu dan 19 kilometer dari Bandar Permaisuri, Setiu antara destinasi terbaik untuk menyegarkan diri daripada kesibukan kehidupan di bandar.

Bersesuaian dengan konsepnya sebagai sebuah resort berkonsepkan agrotourism dengan keunikan berlatarbelakangkan pemandangan Hutan Simpan Gunung Tebu yang kaya dengan flora dan fauna serta hutan hujan tropika.

Peladang Setiu Agro Resort ini turut dikelilingi daya tarikan aktiviti pertanian seperti taman herba, kebun buah-buahan, kolam dan tasik serta ladang kelapa sawit.

Banyak unit chalet berbentuk tradisional, selain taman tema air mini, tapak perkhemahan dan pelbagai kemudahan lain.

Mandi-manda di taman tema

Penyelia Operasinya, Azmi Rashid berkata, kem latihan Agro Resort boleh menampung kira-kira 250 orang dalam satu masa.

Di tapak perkhemahan boleh memuatkan 300 orang pada satu masa. Bagi gemarkan aktiviti lasak boleh mencuba flying fox, abseiling, jungle trekking, rafting dan berkeno, selain tema air mini di tepi tasik yang mempunyai tiga kolam mandi utama.

Kebiasaannya setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum ramai pengunjung membawa ahli keluarga mereka mandi-manda di taman tema air mini itu.

Di Laguna Agro Resort, Kampung Gong Batu Setiu turut menawarkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk kemudahan tapak perkhemahan, enam unit chalet serta pelbagai aktiviti sukan lasak seperti river crossing, survival, rafting.

Aktiviti berkeno di lagun, mencari kerang dan kepah, memancing dengan suasana yang memukau pandangan.

Pengunjung lepak beriadah

Seorang pengunjung, Zamilah Mohamad, 65, berkata dia bersama ahli keluarganya datang dari Kerteh, Kemaman untuk bercuti di situ.

"Suasana di sini tenang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok, pemandangan tasik yang indah dengan banyak kemudahan disediakan untuk pengunjung yang datang," katanya.

Pengunjung, Siti Nur Amirah Hamzah, 24, berkata harga bayaran masuk ke taman tema air mini berpatutan, RM3 untuk kanak-kanak memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung membawa anak mereka beriadah di situ.

"Jika di tempat lain ada kolam mandi caj sehingga RM10 seorang pengunjung dan caj mahal itu agak membebankan untuk keluarga mempunyai bilangan ahli keluarga ramai.

"Ini kali kedua saya berkunjung ke sini untuk menemani kakak serta anak saudara mandi-manda di sini.

"Kolam mandi luas dan selesa untuk mandi bersama keluarga, jika ada rezeki kami akan semula bercuti di sini," katanya.

Pengunjung Nur Syifa Ariana Mohamad Amran, 10, berkata dia seronok mandi-manda di taman tema air mini itu.

"Selalunya apabila ada cuti sekolah panjang ibu akan bawa kami berjalan dan mandi-manda di sini berbanding mandi di sungai kerana kawasan ini lebih selamat," katanya.

Berita Harian X