Kasih sayang, jasa dan pengorbanan ibu tiada bandingan, lantas selayaknya insan yang melahirkan serta membesarkan kita diberikan penghormatan setinggi-tingginya.
Apa kata, sempena Hari Ibu diraikan hari ini, sebaiknya berikan mereka masa untuk berehat sambil bercuti dengan percutian staycation.
Percutian singkat ini pastinya penuh bermakna untuknya. Tourism Selangor mencadangkan enam lokasi untuk percutian 'staycation' yang menyeronokkan, sesuai untuk seisi keluarga!
1. Villa Sajuri di Kuala Selangor
Nikmati vila bertemakan Maghribi, berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor! Dilengkapi dengan empat bilik tidur dan 12 katil.
Vila ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu dengan kemudahan yang menarik seperti gelongsor air, kolam renang, set karaoke, ruang barbeku dan projektor, sesuai untuk menonton filem bersama seisi keluarga!
2. Villa Chee di Sekinchan
Terletak di Sekinchan, Villa Chee menyajikan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi, jauh dari kesibukan bandar.
Tetamu boleh menyewa basikal atau motosikal dan menyelusuri kehijauan Sawah Padi Sekinchan sambil mengabadikan kenangan percutian di sini dengan mengambil gambar di tempat yang semestinya instagrammable dan indah!
3. River & Glamp di Gombak
Terletak hanya 20 minit dari Batu Caves, tapak Glamping ini terletak bersebelahan Sungai Tua dengan pemandangan yang indah.
Sesuai dengan namanya; Glam + Camping, setiap khemah di River & Glamp dilengkapi dengan pendingin hawa, bilik mandi peribadi, tempat mengecas alat elektronik dan tilam yang selesa, boleh memuatkan sehingga tiga hingga empat orang di dalam satu khemah.
Tetamu boleh memilih perkhidmatan minuman dan makanan atau barbeku bersama keluarga. Biarkan ibu anda berehat sambil bercuti dan nikmati hidangan yang menarik di sini di tengah-tengah alam semula jadi!
4. Hotel Mercure di Gombak
Terletak di tengah-tengah bandar Selayang, Hotel Mercure adalah tempat 'staycation' yang sempurna. Tetamu boleh menyaksikan matahari terbenam yang romantis di kolam renang atas bumbung mereka dengan kawasan bermain kanak-kanak.
Tetamu boleh menikmati hidangan lazat mereka di Restoran Meraki dengan pelbagai Antarabangsa.
b5. Avani Goldcoast Resort di Sepang
Hanya 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Avani Goldcoast Resort, diinspirasikan daripada seni bina Polinesia dan Maldives dengan lebih 392 vila atas laut yang direka dengan sangat elegan.
Hotel atas laut yang mesra alam ini amat sesuai untuk penginapan seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh dirancang di sini seperti menaiki ATV, menyewa basikal, spa dan pusat urut yang mewah serta bilik Karaoke.
6. Dusun Bonda di Hulu Selangor
Mempunyai pokok buah-buahan tempatan dengan landskap yang indah, Dusun Bonda menawarkan penginapan yang tenang dengan suasana yang menakjubkan dan persekitaran yang jauh dari kesibukan bandar.
Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, tempat Glamping ini menyediakan semua kemudahan yang diperlukan untuk pelancong yang datang menginap secara berkumpulan, di tengah-tengah persekitaran tropika.