Khamis, 16 March 2023 | 9:03am
Taiwan yang mempunyai empat musim menawarkan pelbagai keunikan untuk pelancong Muslim berkunjung ke negara itu.
Taiwan yang mempunyai empat musim menawarkan pelbagai keunikan untuk pelancong Muslim berkunjung ke negara itu.

Taiwan destinasi unik sambut kedatangan pelancong Muslim

SEMPADAN negara Taiwan sudah dibuka semula untuk pelancong selepas dilanda wabak COVID-19 dan industri pelancongannya pulih dengan cepat.

Taiwan diiktiraf sebagai tempat kedua, destinasi pelancongan negara bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam Mastercard-CrescentRating "Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022" serta "Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)".

Malah, negara itu terus mempromosikan pensijilan halal dalam aspek penginapan, tempat persiaran dan pusat membeli-belah untuk meningkatkan persekitaran mesra Muslim.

Ada banyak restoran halal bertaraf lima bintang, pusat rekreasi dan restoran yang dibuka oleh penduduk Islam, sekali gus meningkatkan pilihan makanan dan perjalanan pelancong Muslim di negara itu.

Taiwan kaya dengan pemandangan semula jadi dan mempunyai empat musim, persekitaran selamat dan infrastruktur lengkap.

Paling penting, sikap toleransi dan penerimaan pelbagai budaya di Taiwan.

Shifen Old Street antara produk menarik di sana.
Shifen Old Street antara produk menarik di sana.

Tawaran bebas visa 30 hari, masa penerbangan kira-kira empat jam dan penerbangan terus setiap hari akan mengeratkan Malaysia dan Taiwan.

Biro Pelancongan Taiwan amat mementingkan pasaran pelancongan Muslim di Malaysia, dan Taiwan dipilih sebagai satu-satunya Destinasi Pilihan Asia yang ditetapkan oleh Matta Fair.

Bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim, Biro Pelancongan Taiwan menjemput 10 pengendali pelancongan di Kuala Lumpur untuk membuka reruai 'SALAM TAIWAN' bagi menyediakan pakej dan diskaun khusus Muslim.

Makanan Halal ketika penerbangan dan penginapan selesa antara jaminan diberikan kepada pelancong Muslim.

Pelancong Muslim boleh mengunjungi reruai "SALAM TAIWAN" Biro PelanconganTaiwan dari 17 hingga 19 Mac ini, di MATTA FAIR di 2F, No 2G01-2H04, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menempah pakej istimewa ke Taiwan.

Pengunjung yang membeli pakej pelancongan atau penerbangan Taiwan di reruai "SALAM TAIWAN" akan mendapat hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.taiwan.net.my/ms/ dan menghubungi Biro Pelancongan Taiwan(KL) Suite 25-01, Level 25, Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan,50200 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-2070 6789

Berita Harian X