Di kala ini, ramai mengambil peluang cuti sekolah untuk berlibur ke pelbagai destinasi bersama keluarga.
Sama ada berlibur di pantai, bermain di taman air atau mengelilingi pulau yang menari, terokai Pulau Langkawi sebagai sebuah keluarga di The Danna Langkawi Resort & Beach Villas, musim cuti sekolah ini.
Dengan ruang yang cukup luas sebagai tempat beristirahat, bawalah keluarga dengan atur cara perjalanan dan kanak-kanak berimaginasi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan di dalam dan pesisir pulau.
Bawa seisi keluarga anda keluar ke santuari yang mendamaikan dengan penginapan sama ada di bilik yang menghadap laut, atau suite dua atau tiga bilik tidur, atau vila dengan kolam peribadi sebesar satu atau dua bilik tidur, semuanya hanya beberapa langkah dari pantai yang cantik dengan air laut membiru jernih.
Di sini, anda boleh bersantai, bermain mahu pun berjalan di sepanjang pantai Laut Andaman untuk berehat.
Selain itu, terdapat banyak aktiviti luar yang mengujakan hinggalah ke elemen permainan dalam untuk tetamu.
Pendek kata, ada banyak yang ditawarkan untuk keperluan keluarga, setiap satunya disesuaikan untuk pengembara muda dan ibu bapa.
Dengan Danna Jr kami, anda boleh nikmati pengalaman penginapan lebih hebat apabila membuat tempahan bagi tawaran istimewa kami dan naik taraf penginapan anda.
Bersantai di kolam infiniti 3 tingkat
Si manja pastinya riang dengan perkhidmatan dan layanan serba lengkap sambil anda selusuri kehidupan ala Mediterranean di bawah cahaya matahari dan malam yang dingin.
Apa lagi yang anda mahukan untuk tawaran yang lebih manis? Ambillah salah satu daripada pilihan yang komprehensif termasuk kolam infiniti tiga tingkat yang besar di Langkawi yang turut dilengkapi dengan kolam kanak-kanak.
Tetamu juga boleh menaiki jet ski untuk bersiar-siar dan mengelilingi pulau berhampiran, berkayak atau memandu bot pedal kaki Ceclo mesra alam sekitar, atau pun melihat keajaiban dunia marin pulau ini secara dekat dengan aktiviti snorkeling.
Jika anda mahu mengembara ke luar kawasan resort, menunggang basikal ialah salah satu cara untuk alami sendiri keindahan dan persekitaran Pulau Langkawi, disediakan secara percuma kepada tetamu sepanjang hari.
Sama ada berkunjung ke Panorama Langkawi untuk melihat sendiri pemandangan menarik, berjalan di sepanjang pasar malamnya, mandi di air terjun tersembunyi atau meneroka perjalanan sungai bakau, The Danna Langkawi Resort & Beach Villas membawa keluarga ke tempat terhubung yang menjadikan sesuatu percutian sebagai satu memori indah.
Setiap pengembaraan kenalah ada makanan yang menyelerakan. Bawa keluarga anda untuk menjamu selera di restoran kami dengan jamuan yang indah di samping merasa sendiri hidangan kulinari daripada bahan segar dan dekorasi restoran yang menawan walaupun kepada mereka yang amat cerewet tentang makanan.
Bertemu dengan jurumasak kami yang berbakat dan nikmati sajian tempatan dan antarabangsa dengan pilihan keluarga yang popular yang menggamit selera yang tua dan yang muda.
Tip merancang percutian
1. Merancang dan menunggu sebuah percutian adalah separuh daripada kenikmatan. Sebaiknya percutian itu dirancang enam bulan lebih awal.
Jadualkan di dalam kalendar keluarga dan umumkan kepada anak. Ini akan memberikan masa untuk kita mencari penginapan terbaik dengan harga berpatutan sebelum penuh.
Jangan lupa membabitkan anak dalam memilih lokasi dan aktiviti.
2. Buat belanjawan untuk menyimpan sejumlah wang sebulan untuk dimasukkan ke dalam tabung percutian
Pastikan anak juga tahu akan perkara ini dan jika mereka meminta untuk membeli sesuatu akan mengakibatkan percutian keluarga tertunda sedikit.
Membuat tabung percutian juga dapat menjamin keseronokan yang maksimum kerana ibu bapa tidak perlu menanggung hutang kad kredit selepas kembali daripada bercuti nanti.
3. Pada saat pergi bercuti biarkan anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing
Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa.
4. Senarai barang perlu dibawa
Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal.
5. Kemaskan rumah sebelum pergi
Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun.