Khamis, 14 March 2024 | 9:31am
Permaidani diletakkan di Masjidil Haram di Makkah. - Foto ReasahAlharmain
Permaidani diletakkan di Masjidil Haram di Makkah. - Foto ReasahAlharmain

25,000 permaidani baharu di Masjidil Haram di Makkah sempena Ramadan

RIYADH: Masjidil Haram di Makkah dipasang dengan 25,000 permaidani baharu untuk Ramadan.

Memandangkan bulan mulia adalah masa untuk meningkatkan ibadah dan kerohanian, Masjidil Haram melihat peningkatan umat Islam yang mengerjakan umrah dan menghadiri solat.

Jemaah juga berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat tarawih setiap petang.

Seorang jemaah mengambil air Zamzam di Masjidil Haram di Makkah. Foto ReasahAlharmain
Seorang jemaah mengambil air Zamzam di Masjidil Haram di Makkah. Foto ReasahAlharmain

Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Maher bin Mansi Al-Zahrani, berkata sebanyak 50 tapak wuduk disediakan untuk kegunaan di dalam masjid dan 3,000 tandas di halamannya.

Katanya, sebanyak 15,000 bekas Zamzam dan 150 stesen air Zamzam bertebaran di sekitar masjid untuk menghilangkan dahaga jemaah sebelum dan selepas berpuasa.

Beliau berkata, masjid itu dicuci dan disembur dengan pembasmi kuman 10 kali sehari, dengan 4,000 pekerja bekerja di bawah penyeliaan 400 penyelia dalam tempoh 24 jam.

Sebanyak 4,000 barangan peralatan dan mesin digunakan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung, dan 3,000 liter penyegar udara berkualiti digunakan untuk memastikan suasana yang menyenangkan.

Berita Harian X