Selasa, 13 Februari 2024 | 8:03am
Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada senarai 10 negara teratas di dunia untuk persaraan dalam dapatan di laman Instagram planetpathways. - Foto hiasan NSTP
Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada senarai 10 negara teratas di dunia untuk persaraan dalam dapatan di laman Instagram planetpathways. - Foto hiasan NSTP

Malaysia tersenarai antara 10 negara terbaik di dunia untuk persaraan

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada senarai 10 negara teratas di dunia untuk persaraan, bagi tahun ini.

Dapatan itu berdasarkan video yang dikongsi di laman Instagram planetpathways.

Dalam carta 10 teratas terbabit, Malaysia dan Vietnam dari blok Asia Tenggara turut termasuk sebagai negara yang baik untuk kehidupan persaraan, manakala lain-lain dari rantau Eropah.

Menurut video itu, Malaysia berada pada kedudukan kelapan, di belakang Greece (ketujuh); Ecuador (keenam); Sepanyol (kelima); Panama (keempat); Mexico (ketiga); Portugal (kedua) dan Vietnam (pertama)

Selain itu, Perancis dan Colombia masing-masing berada pada kedudukan kesembilan dan ke 10.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan di laman komen hantaran itu, ramai pengguna Instagram tidak bersetuju dengan carta yang dikongsi dalam video itu.

Seorang pengguna, sahinaslanemir seolah-olah tidak bersetuju dan menafikan Vietnam pada kedudukan pertama.

"Tidak mungkin Vietnam di kedudukan pertama," ujarnya.

"Vietnam? Masih negara komunis. Saya rasa (yang bagus) Thailand," kata pengguna singulek.

"Nombor 1 Vietnam(?) tiada visa persaraan tersedia untuk semua pesara. Visa yang ada hanyalah visa pelancong 90 hari yang (mana) mereka perlu meninggalkan negara selama seminggu dan kembali dengan visa baru," kata pengguna tony_sheperd.

"Colombia dan Mexico?? Adakah anda pasti? Negara ini tidak selamat untuk didiami. Kartel dadah ada di mana-mana dan anda mungkin akan mati di jalanan," ujar pengguna rajendran.nash .

Seorang lagi pengguna, normandin360 berpandangan, siapa yang mahu bersara untuk tinggal di bandar yang lebih besar di mana segala-galanya terhad dan lebih mahal.

"Sesetengah orang memerlukan rangkaian internet yang terputus, supaya mereka berhenti membuat kandungan bodoh," ujarnya.

Berita Harian X