Khamis, 8 Februari 2024 | 8:58am

Hayati semangat Tahun Baharu dengan perjalanan gastronomi yang mengasyikkan

SHANGRI-LA Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan anda dengan sambutan meriah Tahun Naga yang bakal menjelma. Mulai sekarang sehingga 24 Februari, hayati perayaan Tahun Baharu Cina yang menggabungkan tradisi dan moden dalam simfoni kekayaan budaya dan aneka gastronomi.

Hayati semangat tahun ini dengan pelawaan ke kembara gastronomi yang tiada tandingannya. Rasai kelazatan bufet Lunar, makanan dan hadiah untuk pengalaman sambutan anda. Tawaran ShangriLa Kuala Lumpur bukan sekadar melambangkan kemewahan, bahkan kekayaan budaya tradisi dan mencipta detik indah bersama yang tersayang.

Gabungan sajian tradisional dan kontemporari yang mewah ini dicipta untuk menawan tetamu dalam meraikan kemakmuran dan nasib yang baik sebaik Tahun Naga membuka tirainya.

Pakej kesejahteraan untuk inap dan makan

Raikan kedatangan Tahun Naga dengan tawaran inap cuti yang eksklusif di Shangri-La Kuala Lumpur. Alami keselesaan di Bilik Eksekutif kami yang luas untuk anda sekeluarga meraikan suasana perayaan ini. Tawaran istimewa ini tersedia untuk tempahan mulai sekarang sehingga 21 Mac 2024, dan sah untuk penginapan antara 10 Februari dan 21 Mac 2024, termasuk penginapan 2 malam di Bilik Eksekutif, sarapan pagi harian untuk 2 orang dewasa, dan bufet makan malam yang mewah di Lemon Garden untuk dua orang.

Lemon Garden

Di Lemon Garden, sajian hebat menanti anda semasa meraikan Tahun Baharu Cina ini. Paskukan kulinari kami yang terkenal dengan kepakaran dan kreativiti mereka telah mencipta sajian bufet Lunar yang menjanjikan kembara gastronomi yang menampilkan hidangan gabungan Asia dan Barat. Daripada kesegaran sashimi dan sushi, hinggalah ke keenakan rasa masakan Asia dan Barat, sajian kami sememangnya meningkatkan pengalaman anda menjamu selera.

Lemon Garden 2Go

Musim perayaan ini, Lemon Garden 2Go akan menjadi membawakan kegembiraan dan muhibah dengan kotak hadiah dan barangan istimewa kami yang dipilih khas. Dengan simbolik kemakmuran, kelimpahan dan kejayaan, tawaran ini merupakan pemberian yang sempurna bagi menzahirkan penghargaan anda yang tulus dan ucapan selamat kepada orang yang tersayang, rakan dan rakan perniagaan.

Berikan diri anda hadiah melalui pakej kami yang direka dengan teliti, setiap satunya dipenuhi dengan hidangan menarik yang membawa semangat musim ini. Hamper bertuah eksklusif direka dengan teliti untuk menjadikan perayaan anda lebih menarik, membawa kemakmuran dan nasib baik.

Akhir sekali, alami persembahan Tarian Singa akrobatik yang menakjubkan oleh kumpulan Persatuan Tarian Naga dan Singa Callifo Nansheng yang memenangi anugerah, pada jam 12 tengah hari, 24 Februari 2024 ini.

Berita Harian X