Selasa, 30 Januari 2024 | 7:32am
Bilik air yang bersih, kemas dan teratur membuatkan rasa tenang. - Foto hiasan
Bilik air yang bersih, kemas dan teratur membuatkan rasa tenang. - Foto hiasan

Tip jadikan bilik air ruangan paling bersih, selesa

BILIK air antara ruang penting yang bukan saja untuk penghuni semata-mata. Paling tidak, ia pasti dijengah tetamu dan tentunya aspek kebersihannya tidak boleh diabaikan.

Sempit atau luas bilik air di kediaman anda bukan perkara utama kerana paling penting adakah ia bersih dan kemas.

Sarat dengan aksesori hiasan juga bukan ukuran keselesaan ketika digunakan, memadai sekadar ruang praktikal, bersih, kemas dan terjaga.

• Jika sebelum ini penggantung diletakkan pada dinding, apa kata kreatifkan susun atur elemen itu di belakang pintu pula yang secara tidak langsung dapat menjimatkan ruang.

• Kemas kini susun atur barangan mandian kerana ia bukan saja bersih, malah memperlihatkan anda teliti orangnya.

• Penggunaan kayu palet sebagai rak gantung juga antara idea kreatif.

• Buang semua peralatan atau barangan mandi yang tidak digunakan lagi. Elakkan ia tersimpan lama di bilik air kerana mengundang rasa kurang selesa ketika digunakan.

• Rutin mengemas dan membersihkan bilik air lebih menjimatkan masa jika dilakukan ketika anda mandi.

Tidak semestinya masa yang diambil terlalu lama, memadai rutin pembersihan biasa. Situasi ini penting kerana rutin membersihkan bilik air antara yang 'wajib' dilakukan jika ada penghuni menggunakannya.

• Anda tidak perlu lokek mengeluarkan belanja membeli haruman sesuai supaya persekitaran bilik air sentiasa segar.

• Sediakan sudut atau tempat menggantung kata-kata hikmah yang mendorong pengguna menjaga kebersihan atau tidak membazir air.

• Tampilkan idea dekorasi ringkas yang tidak terlalu sarat supaya suasana kekal menarik.

Berita Harian X