Ahad, 21 Januari 2024 | 8:24am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Lindungi apa yang anda majukan

 

MEMILIKI profil LinkedIn profile ialah satu elemen penting dalam membangunkan kewujudan digital anda. Ia sebuah platform pihak ketiga yang perlu untuk anda lindungi apa yang telah anda majukan.

 

Lindungi apa yang anda usahakan

 

Apakah maknanya? LinkedIn ialah sebuah platform pihak ketiga kerana anda bukan pemiliknya. Jika anda memiliki laman web sendiri, anda boleh membuat peraturan mengikut kehendak anda. Anda boleh memutuskan untuk menghantar apa yang anda suka dan andalah yang memiliki domain tersebut. Ini merupakan satu aset 'hartanah' digital peribadi anda.

 

Bagaimanapun, dengan mempunyai akaun LinkedIn, tidak kira sama ada anda memilih langganan percuma atau berbayar, adalah tertakluk kepada peraturan mereka.

Apabila anda menyertai rangkaian seperti LinkedIn, anda menyertai platform yang dicipta oleh orang lain, yang akan mempunyai set peraturan mereka sendiri tentang banyak perkara yang mempengaruhi platform dan orang yang memilih untuk menggunakannya.

 

Kebanyakan peraturan ini berfungsi untuk membantu anda dan komuniti secara keseluruhan.

Bagaimanapun, sejumlah besar peraturan ini direka untuk menyokong pemegang platform. Ia boleh menjadi persekitaran yang sangat tidak menentu kerana perniagaan tertakluk kepada semua cara perubahan. Pengurusan datang dan pergi; syarikat dijual, bergabung, menukar arah atau lebih teruk, ditutup.

 

Apabila platform semakin matang, cara bagaimana elemen berbeza berinteraksi dan dibangunkan juga mungkin berubah. Ciri-ciri sedia ada boleh diketepikan atau diubah.

Cabaran dengan ini ialah anda sering tidak mendapat hak untuk bersuara tentang peraturan dan perubahan ini. Namun, anda melaburkan masa dan tenaga dalam membangunkan profil anda, dalam membina hubungan anda dan dalam membangunkan kandungan yang anda anjurkan pada platform luaran ini.

Melabur dalam membina platform anda sendiri

 

Mempunyai aset 'hartanah' digital anda sendiri boleh menjadi kelebihan sebenar iaitu anda boleh membuat keputusan.

Setiap orang harus mempunyai laman web peribadi mereka sendiri terutamanya jika mereka mengambil berat tentang membangunkan jenama profesional mereka. Apabila perubahan berlaku pada platform luaran, anda mungkin salah seorang yang terakhir mengetahuinya. Sematkan kemungkinan ini pada diri anda kerana ia akan membantu anda mengambil langkah yang perlu untuk melindungi diri anda. Terdapat empat cara untuk melindungi apa yang telah anda bina:

 

1. Lakukan pemeriksaan berkala

 

Semak tetapan akaun LinkedIn anda. Fahami perkara yang telah ditetapkan secara lalai dan buat pelarasan yang diperlukan. Anda hendaklah memiliki kefahaman yang jelas tentang keperluan privasi anda, cara anda ingin menerima makluman dan kawalan akses yang perlu disediakan.

Walaupun ini adalah sesuatu yang anda lakukan pada mulanya semasa membuat akaun anda, ini patut dilakukan setiap enam bulan kerana perubahan mungkin berlaku yang menjejaskan tetapan anda.

 

2. Simpan senarai hubungan dan kandungan penting anda

 

Kunci utama untuk memiliki profil LinkedIn ialah membina hubungan anda pada rangkaian. Tetapkan masa secara berkala untuk mengeksport senarai sambungan anda.

Sekiranya anda kehilangan hubungan tahap pertama anda dalam apa jua cara, anda akan mempunyai senarai ini tersedia dalam format lain.

 

Dahulu, anda hanya perlu memuat turun senarai hubungan anda dan mengaksesnya dengan lengkap, contohnya dengan maklumat perhubungan yang mereka kongsikan dalam akaun mereka.

Kini, walaupun anda boleh memuat turun hubungan ini, ia kelihatan sukar untuk mengakses ciri-ciri ini dan maklumat yang anda masuki juga amat terhad. Anda dinasihatkan agar menyimpan salinan semua hubungan ini untuk rujukan anda pada bila-bila masa.

Dengan cara yang sama, simpan salinan artikel yang anda hantarkan ke dalam LinkedIn sama ada ianya dokumen Word atau yang anda hantarkan di platform berlainan seperti laman web, blog atau hantaran tamu.

 

3. Kekalkan perhubungan

 

Cari jalan untuk melebar atau membina hubungan yang anda cipta. Terdapat banyak cara untuk melakukannya seperti berhubung melalui e-mel, menetapkan masa untuk membuat panggilan pengenalan atau menganjurkan sesi pertemuan sambil minum kopi.

Bagi mereka yang menetap di dalam bandar yang sama, kaedah yang paling baik untuk berhubung ialah bersemuka dan ianya lebih kelihatan tulen.

 

Oleh yang demikian, anda tidak meluangkan masa hanya dengan perhubungan ini. Adalah lebih baik jika anda melihat semula kepada senarai anda, menyisihnya mengikut kedudukan geografi supaya anda boleh menilai berapa ramai yang menetap di dalam bandar yang sama dengan anda, dan membolehkan anda mengutamakan mereka yang anda percayai boleh didekati dengan mudah. Kemudian, boleh mulakan penglibatan tersebut.

 

Hubungan secara bersemuka boleh menjadi lebih hebat dalam memperkasakan tanggapan yang ingin anda reka bersama orang lain, dan membawakan peluang yang unik bagi memahami dengan siapa anda berhubungan.

Ini membolehkan peluang muncul secara lebih baik apabila pihak terbabit (dan diri anda) mempunyai kefahaman jelas dengan siapa anda atau mereka berhubung.

 

Bagi mereka yang menetap jauh sama ada bandar atau negara lain, jangan bimbang. Perhubungan masih mudah untuk dilakukan melalui panggilan telefon.

Anda juga boleh membuat panggilan video yang kini lebih mudah, murah atau percuma. Ini membantu anda untuk membina penglibatan dan kesahihan yang mudah hilang jika pertemuan bukan dilakukan secara bersemuka.

 

4. Bangunkan kehadiran atas talian dalam pelbagai cara

 

Saya amat mengesyorkan agar anda membina platform digital anda sendiri selain mencipta profil LinkedIn. Sama ada anda membuat keputusan untuk membina laman web atau blog yang mudah, ini adalah peluang untuk anda mencipta satu hab untuk kerja anda, rekaan anda, pemikiran anda tentang perkara yang penting kepada anda.

Ia memudahkan anda membangunkan komuniti di sekitar topik yang anda minati. Secara mudah, memiliki platform anda sendiri ialah satu pengurusan risiko yang baik.

Berita Harian X