Rabu, 20 Disember 2023 | 11:05am
Foto hiasan.
Foto hiasan.

Penguruskan kewangan semasa belajar luar negara

Dalam dunia yang pantas berkembang ini, menguruskan kewangan anda semasa melanjutkan pelajaran ke luar negara bukanlah tugas yang mudah.

Belanjawan harus diuruskan sama ada untuk bayaran kelas, sewa rumah sehinggalah ke perbelanjaan harian serta alat tulis.

Tetapi, kami ada berita baik, Generasi Z kini menemui pelbagai jenis 'helah' atau rahsia berbelanja secara berhemah semasa belajar, termasuklah sohor kini popular di TikTok, 'Cash Stuffing'.

Artikel ini akan memperincikan tentang 'Cash Stuffi ng' dan melihat helah berbelanja yang lain yang mesti anda cuba semasa di luar negara.

Ia memberikan penjimatan

Sohor kini 'Cash Stuffi ng' di TikTok menjadi besar melalui tanda pagar #CashStuffi ng, dengan tontonan sebanyak 1.5 bilion. Sohor kini yang tular ini mula menjadi sesuatu yang lumrah kepada Generasi Z, yang sentiasa peka akan kewangan mereka.

'Cash Stuffi ng' ini berdasarkan rahsia penjimatan wang yang teruji dikenali sebagai sistem sampul wang, yang melibatkan pengasingan tunai dalam sampul berasingan bagi perbelanjaan tertentu seperti belanja dapur, bil, kecemasan dan lain-lain.

Tip Pro: Tahukah anda yang anda boleh mencapai 'Cash Stuffi ng' secara maya melalui aplikasi Wise? Gunakan ciri "Jars" dalam Wise untuk menyusun atur belanjawan anda. Anda boleh membuka sebanyak mana "Jars" yang perlu, walaupun dalam berbagai matawang, menjadikkannya sesuai untuk merancang bil, penjimatan belanja akan datang dan pembelian tiket.

Mengekalkan bayaran rendah

Tahukah anda bahawa para pelajar Malaysia terlebih membayar lebihan bayaran pemindahan sehingga RM69.9 juta secara keseluruhan setiap tahun? Caj ini biasanya tersembunyi. Apabila anda menghantar wang ke luar negara, lihatlah selain

iklan yang menawarkan 'bayaran rendah' atau bayaran muka 'percuma', serta perincikan kadar tukaran wang. Kos lebihan biasanya tersembunyi dalam pertukaran disebabkan kenaikan yang tidak diberitahu, menyebabkan individu membayar lebih daripada sepatutnya tanpa disedari.

Oleh itu, anda harus sentiasa memeriksa kadar dan bayaran tukaran untuk memahami kos sebenar untuk menghantar, membelanja atau menerima wang di luar negara.

Mengelakkan bayaran kad yang tersembunyi

Kad debit atau kredit yang dikeluarkan di negara anda mungkin boleh digunakan di negara lain. Walau bagaimanapun, ianya mungkin bukan satu pillihan yang terbaik semasa berbelanja di luar negara kerana kadar pertukaran dan bayaran urusniaga boleh meningkat dengan pantas.

Anda juga mungkin boleh membuka akaun bank dan mendapatkan kad bank setempat, tetapi prosesnya mengambil masa dan kadangkala mencabar kesabaran. Para pelajar harus melihat kepada alternatif lain seperti akaun Wise, yang menyediakan butiran akaun dalam pelbagai matawang dan kad debit sedunia yang boleh anda gunakan untuk berbelanja atau menerima wang tanpa sebarang bayaran tersembunyi dengan hanya beberapa ketik sahaja.

Tip Dalaman: Tidak semua negara menggunakan pembayaran melalui kod QR. Sebab itulah, anda hendaklah membiasakan diri dengan alternatif pembayaran tanpa tunai yang lain seperti Apple Pay atau Google Pay. Wise boleh menjadi panduan utama anda dan menyokong lebih 40 matawang pada kadar sederhana di pasaran, dan bebas daripada bayaran urusniaga asing. Kad Wise juga boleh dimasukkan dalam Apple Pay dan Google Pay anda untuk pengalaman kewangan yang lebih lancar.

Diskaun pelajar: 'Rakan karib' dompet anda

Semua orang sukakan diskaun, tidak terkecuali para pelajar. Sebab itulah, mereka patut rebut kelebihan ini dengan pelbagai tawaran seperti makanan kampus percuma, program kesetiaan dan banyak lagi, yang hanya untuk pelajar. Periksalah secara kerap tawaran pelajar yang ada, daripada kedai kopi kampus ke kedai runcit dan pawagam, yang pastinya menjimatkan perbelanjaan sekaligus meningkatkan simpanan anda.

Tip Dalaman: Kebanyakan negara menawarkan diskaun kepada pelajar; ada di antaranya mempunyai hubungan dengan universiti anda.

Buatlah penyelidikan semasa proses kemasukan dan terokai tawaran dan diskaun menarik yang ditawarkan. Sebagai contoh, laman sesawang di AS dan UK seperti UniDays dan Student Beans menyenaraikan jenis diskaun pelajar yang ada, daripada makanan dibawa pulang hinggalah ke peranti teknologi. Selain itu, kad dan aplikasi Totum di UK membawakan banyak tawaran kepada pelajar.

Terokai diskaun pelajar bukan sahaja menjimatkan wang anda bahkan membuka pengalaman baharu buat anda alami dalam masyarakat setempat.

Dengan 'helah' kewangan ini, kami ucapkan selamat berjaya kepada anda. Berseronoklah dan bijak jaga belanja semasa di luar negara!

Berita Harian X