Pemeriksaan dan penjagaan sistem brek kenderaan antara rutin penting yang perlu dilakukan pemilik kenderaan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan atau kemalangan jalan raya sehingga membawa maut.
Ikuti beberapa panduan berikut untuk rujukan anda:
Sebulan sekali periksa paras minyak brek kereta
Pastikan ia minyak berada pada paras antara minimum dan maksimum. Jangan memandu sekiranya paras minyak brek di bawah paras minimum.
Setiap enam bulan ketika hendak menukar tayar kereta periksa pelapik brek.
Pastikan lapisan pencengkam masih tebal.
Sekiranya mendapati pelapik brek sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek.
Kemungkinan tekanan dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini bahaya kepada pemanduan terutama ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek dram.
Sekiranya suka memandu laju dan agresif, tukar pelapik brek kereta yang tahan panas
Pastikan menukar sistem saluran minyak brek anda kepada saluran lebih baik. Ini untuk memastikan sistem brek kereta berfungsi dalam tekanan tinggi, suhu tinggi dan tindak balas lebih cepat apabila pemijak ditekan.
Kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek mengalami kerosakan, terutamanya pelapik yang diperbuat daripada getah.
Sekiranya ada kesan calar pada cakera dram, minta mekanik menilai adakah sesuai dipakai lagi
Jika hendak menukar pelapik brek dicadangkan asah kembali cakera atau tukar dram kepada yang lebih baik.
Kesan calar boleh menjadi penghalang pelapik brek untuk mencengkam cakera atau dram.
Kerosakan selalu berlaku adalah brek tersekat
Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan mencengkam cakera.
Kerosakan angkup yang mengawal pelapik brek.
Jika ada kesan lelehan minyak brek di mana-mana bahagian, minta mekanik periksa
Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran kecil boleh menjadi besar ketika membrek kerana tekanan dikenakan atasnya.
Periksa pelapik brek
Untuk kereta dengan transmisi automatik, pelapik brek hadapan lebih cepat haus berbanding belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya).
Ubah suai sistem brek yang dibenarkan JPJ
Sekiranya anda ingin mengubah suai sistem brek kereta pastikan mendapat kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menjadi kesalahan.
Syarikat insurans kita melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku. Ia disebabkan sistem brek dan sistem brek anda ditukar tanpa kebenaran JPJ.
Elakkan kaki sentiasa berada atas pemijak brek ketika memandu
Ini boleh menjimatkan penggunaan pelapik brek.
Jangan guna brek ketika menurun bukit curam
Ketika menuruni bukit curam jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.
Ketika menambah minyak brek, pastikan spesifikasinya betul
Dot 3 untuk kegunaan biasa untuk kereta yang mempunyai cakera depan dan dram belakang. Dot 4 untuk kereta mempunyai sistem empat roda cakera dan kereta berkuasa tinggi.