Sabtu, 21 November 2020 | 10:30am

Jangan Biarkan Sakit Gout Menghancurkan Hidup Anda!

Sekiranya anda menghidap gout, pasti tahu betapa seksanya sakit gout. Serangan gout sering menyerang pada waktu malam dan mengejutkan anda daripada tidur.

Lebih teruk lagi ialah kesakitan berterusan dan perit yang menghalang anda daripada tertidur semula, membuatkan anda terjaga sepanjang malam.

Datang keesokan paginya, anda keletihan dan kebingungan kerana kurang tidur. Sekiranya ini berlanjutan dari masa ke masa, ia boleh memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan, mood, produktiviti, hubungan, prestasi kerja...apa-apa saja.

Di atas adalah salah satu daripada pelbagai masalah dihadapi penghidap gout. Kesakitan gout boleh memberi kesan negatif kepada banyak aspek dalam hidup anda - menghalang perkara seharian yang mudah seperti menaiki tangga, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, bermain bola sepak dengan anak-anak anda, memandu dan bahkan, memakai kasut atau stoking.

Hentikan gout sebelum terlambat

Gout - adalah sejenis arthritis yang menyebabkan serangan radang secara mendadak sangat menyakitkan - berlaku apabila tahap asid urik darah anda sangat tinggi.

Foot of gout patient.Close up Painful and inflamed gout.
Foot of gout patient.Close up Painful and inflamed gout.

Asid urik adalah produk kumuhan disebabkan pengambilan berlebihan makanan dan minuman yang kaya dengan purin seperti alkohol serta makanan laut bercengkerang.

Semasa asid urik mengumpul, ia mengkristal dan terkumpul di sendi anda serta menyebabkan:

Ibu jari kaki yang sensitif dan bengkak

Sendi yang meradang, merah, panas dan sakit

Terlalu sensitif dan terasa amat sakit apabila disentuh

Julat pergerakan yang terhad

Ketidakselesaan yang berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu

Tophi (benjolan keras yang terbentuk ketika kristal asid urik terkumpul di sendi anda dan secara beransur-ansur mengikis tisu sekitar sendi anda)

Kecacatan sendi

Tabiat gaya hidup sihat sangat membantu

Perubahan gaya hidup sihat dapat membantu memulihkan gejala gout anda. Berikut adalah beberapa cadangan:

Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, lima hari seminggu. Pakai kasut yang sesuai untuk melindungi kaki anda.

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Ia membantu mencairkan tahap asid urik anda.

Hadkan pengambilan makanan tinggi purin anda seperti makanan laut dan daging organ dalaman.

Elakkan alkohol ketika serangan gout dan kurangkan pengambilan alkohol di antara serangan.

Dengan CLEAROGOUT, hentikan sakit gout hari ini

Memperkenalkan CLEAROGOUT, penyelesaian peneutralan asid urik untuk semua masalah gout anda. CLEAROGOUT terbukti berkesan untuk membantu:

Mencegah sakit gout

Menyingkir asid urik

Mencegah kristalisasi asid urik

CLEAROGOUT bertindak dengan memecahkan kristal asid urik yang terkumpul di sendi anda.

Ini mengurang dan mencegah penumpukan kristal asid urik, dengan itu melegakan gejala gout anda yang menyakitkan.

Anda sekarang boleh bebas dari sakit gout dan menjalani kehidupan yang selalu anda idamkan!

Dipek dalam sachet yang memudahkan anda menggunakan CLEAROGOUT di mana sahaja dan bila-bila masa.

Yakinlah, CLEAROGOUT sesuai dan selamat untuk semua kerana ia tidak mengandungi apa-apa gula atau pemanis buatan seperti sakarin, aspartam dan lain-lain.

Ia boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CLEAROGOUT, sila hubungi Live-well INFOline di 03-6142 6570 (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang) atau e-mel kepada kami di info@livewell2u.com.

Ini adalah iklan produk ubat. MAL20172747XC. KKLIU 2520/2020. TTT: 31 Disember 2022

Berita Harian X